Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 9 September 2010
5

Sah besok RAYA!, hahaha lawak jelah. Setelah dibuat pengumuman rasmi di kaca televisyen dengan ini sahlah semua umat Islam seluruh Malaysia khasnya dan dunia amnya bakal menyambut kedatangan 1 Syawal 1431 Jumaat ini bersamaan dengan 10 September 2010.

Seperti biasalah, mesti besok semua sibuk – sibuk nak buat persiapan Raya, sesiapa yang belum cukup baju raya tu pandai – pandailah pergi cari sementara stok masih ada. Jangan macam saya tahun lepas, beli baju raya di pagi hari 1 Syawal pada jam 11 pagi di Pasaraya Giant!. Hahaha, itu pun pasal kena paksa kalau tak harap nak pergi beli.

Teringat pula dengan keadaan rumah yang belum disapu lagi sawang – sawangnya, dan lantai yang tidak bermop selama setahun ( ada ka patut? ), tingkap – tingkap yang sarat dengan lumut ( bayangkan! ), lalang – lalang menyubur seperti sawah padi yang menghijau ( bak kata Allahyarham P. Ramlee, macam padi Malinja! ), dan lantai kaki lima yang berinci dengan anasir – anasir jahat!. Akan ku kerjakan kamu esok!. ( Namun yang nyatanya semua kerja tu dah buat berminggu lepas, hehehe. )

Jemput datang ke rumah walaupun alamat tak disediakan, hahaha!. Di kesempatan ini juga saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010, Maaf Zahir Batin dan Moga Aidilfitri kali ini lebih bermakna serta berhati – hatilah bila pulang ke kampung. Ingat orang yang tersayang.

5 Komen disini:

mr.syazwan berkata...

S
A
L
A
M

F
U
U
U
Y
O
O
O

R
A
Y
A

ESOK RAYA!!!!

Ciao Annin berkata...

Salam Aidilfitri AkuVision! :)

kata kila berkata...

selamat hari raya wiwit!:P

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

Pengumuman memecahkan segala salah sangka dan kerisauan rakyat...terhadap tarikh raya...hehehe

Mr feckry berkata...

gua nak beli lemang, lu nak pesan ape2 tak?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...