Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 1 Ogos 2010
6


Samsung Galaxy S Tablet merupakan saingan baru kepada iPad yang dilancarkan oleh Apple awal tahun ini. Dilihat menyerupai seperti telefon pintar Samsung Galaxy S yang sebelum ini memberi saingan kepada pemasaran iPhone 4 diseluruh dunia dengan strategi perniagaan yang begitu ekstrem ( anda boleh rujuk pautan ini, Samsung Galaxy S Percuma! ), Samsung Galaxy S Tablet dilihat bakal memberi saingan yang sama dengan pemasaran iPad.

Seperti telefon pintar Samsung Galaxy S, tablet ini juga dijanakan oleh sistem operasi Google Android dan ianya bakal dilancarkan selewatnya bulan September 2010. Namun Samsung Galaxy S Tablet ini masih belum diberi nama yang lebih spesifik, mungkin ia akan mendapat nama yang ringkas seperti iPad untuk senang orang menyebut dan mengingat.

Samsung Galaxy S Tablet ini diberitakan mempunyai ketebalan yang sama dengan iPhone iaitu 0.37 inci, ia turut mempunyai paparan berdimensi 7 inci serta dilengkapi dengan spesifikasi sebuah telefon dengan dilengkapi slot untuk kad sim dan sambungan data 3G. Malah Samsung Galaxy S Tablet ini dibina dengan kamera hadapan untuk bualan video.

Spesifikasinya yang lain ialah, dilengkapi dengan WiFi, dikuasakan dengan pemproses A8 1.2GHz, 16 Gigabait memori dan juga slot untuk memori kad MicroSD sehingga 32 Gigabait. Seperti telah menjadi satu trend pada tahun ini untuk syarikat pembina komputer mengeluarkan tablet, kerana diberitakan HP, Lenovo, Asus, Toshiba dan Sony turut akan mengikut jejak yang sama seperti Samsung dan Dell yang mana pada akhir bulan Julai lalu melancarkan Dell Streak. Jangan lupa juga,

India turut mengeluarkan tablet pada harga yang murah iaitu sekitar USD 35! ( boleh rujuk pada pautan ini India's USD 35 Tablet PC ).

6 Komen disini:

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

rasanya saya tak payah beli metro dan kosmo dah

TTT berkata...

ipad?
pad?
blushing*
ekekeke

zulkbo berkata...

salam..
tokey ipad
TTT dah komen tu..
rasanya nak beli
tapi sayang la pulak
duit ni..he he

akuvision berkata...

TTT tu ingat iPad tu pad wanita rasanya, saya pun ingat nak beli tapi membazir je, komputer dah ada. Kalau ada duit lebih mungkin kot

ZR berkata...

mmg dah terberangan nak samsung galaxy s nie..

pilotHans berkata...

cant wait for it...i guess competition is always good to consumers as it gives us options ^_^ not to mention it lowers the prices of stuff..not like certain telco/satellite service that monopoly our country and implementing dirty tactics..

^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...