MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 4 Ogos 2010
19

blackberry-torch-9800

Blackberry© Torch™ 9800 merupakan sebuah telefon pintar terbaru yang dilancarkan oleh pengeluar Blackberry© iaitu RIM ( Research In Motion ). Blackberry© Torch™ 9800 juga merupakan satu – satunya telefon pintar Blackberry© yang dilengkapi dengan dua modul kendalian iaitu melalui skrin sesentuh dan juga papan kekunci QWERTY. Malah Blackberry© Torch™ 9800 turut dilengkapi dengan sistem operasi Blackberry© terkini iaitu Blackberry OS 6.0.

Blackberry© Torch™ 9800 yang bakal memasuki pasaran Amerika minggu hadapan iaitu 12 Ogos 2010 turut dilengkapi dengan pelayar web terbaru, kamera 5.0 MP yang boleh memberi prestasi autofokus, digital zoom dan juga pengenalpastian muka ( face recognition ), sistem kendalian GPS, capaian WIFI dan juga capaian HSDPA sehingga 3.6 Mbps.

Blackberry torch 9800 smartphone

Blackberry© Torch™ 9800 selain itu disertakan dengan memori terbina dalaman sebanyak 4GB dan mempunyai sokongan untuk memori luaran micro SDHC sehingga 32GB. Ia turut dikuasakan dengan pemproses 624 MHz, ianya sedikit lambat berbanding telefon saingannya iaitu HTC Desire dan juga iPhone 4. Namun harus diingat ianya dijanakan dengan Blackberry OS 6.0 terbaru yang lebih stabil dan juga fleksibel.

Ia juga dilihat sebagai salah satu usaha RIM untuk bersaing dengan pengeluar HTC dan Apple.

Untuk melihat Blackberry© Torch™ 9800 dengan lebih dekat, anda boleh pergi ke pautan ini:-

- Blackberry© Torch™ 9800

Dibawah video ulasan mengenai Blackberry© Torch™ 9800:-

19 Komen disini:

MahaMahu berkata...

blackberry dah nak kena haram bro mcm maner tgk kat sini....

paskal_garuda berkata...

ala...haram oleh manusia tak pe...MahaMahu..janagn tuhan haram...huhuhu..ade duit beli jer...tul tak AV..

akuvision berkata...

ada jugak baca pasal berita tu, di Malaysia tak diharamkan lagi. Tapi kalau nak ikut soal capaian di internet, kalau menggunakan akses dari point internet melalui syarikat telekomunisi di Malaysia semuanya di pantau.

Hal ini bukan hanya berlaku pada Blackberry, kalau diikutkan semua peranti ada pro dan kontranya, termasuklah iPhone, HTC dan lainnya.

Hak individu untuk berfikir mengenainya, kalau digunakan ke arah kebaikan apa salahnya.

Syafiq Kadiran berkata...

best tol hp ni....
tapi se-best2 hp ni, 3310 gak di hati...hahaha

akuvision berkata...

3310 dihatiku~

Hadi Cemas berkata...

iphone baru keluar iphone 4g , blackberry pon nak ,

Mia Liana berkata...

walaupun mcmana pesatnya arus teknologi... mia tetap suka yang lama.. kuat dan keras... tak mudah rosak...

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

waaaa....belum mampu nak miliki lagi...

ツbieaz@bie Azreenaツ berkata...

blackberry best...tapi klw dah rosak tuh susah sgt nak baiki huhu...
lbey baik guna hp yg lama hehehe :)

cik jari berkata...

hitam memmang menawan..saya nak..saya nak...saya nak........

mj berkata...

tapi.... blackberry tetap takde camera 3g.. yang mane sangat penting untuk sy communicate dengan mereke di oversea yang mempunyai line internet macam takde line. hehe

akuvision berkata...

camera 3g?, maksud mj video call ke?, kalau video call memang xde, tapi kalau 3g, blackberry torch ni memang support, cuma kamera untuk video call je takde

elmo blurb berkata...

10 tahun lagi baru bole beli benda ni......ade sape2 nak bagi wat hadiah besday tak? hehehehe
padahal 10 tahun lagi, hp makin maju. silap2 pakai cip masuk otak je. hehe

zulkbo berkata...

salam saudara..
nampak seperti
gadget terbaik
dari blackberry..
tapi reganya mau
ribuan..he he

Stargone berkata...

uh!! hanya mampu melihat buat masa sekarang ni. :D

akuvision berkata...

marilah kita menonton sahaja beramai - ramai. takpun support made in china punya~hehehe

elmo blurb berkata...

menyetujukan! ;)

misyamissyou berkata...

wah..slide ke?

mengenaldiri berkata...

salam..

wah, bestnye hp ni..
sape la na blanje kite hp ni..
ngee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...