Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Ahad, 15 Ogos 2010
7

senario asam garam

Selama saya buat blog, rasanya inilah kali pertama saya ingin membuat post mengenai filem tempatan, Asyik filem akan datang dari Hollywood je, apa kata kali ini filem tempatan pula?, lagipun kan nanti nak sambut raya dan tentu – tentu akan ada filem baru di pawagam.

Semalam selepas berbuka puasa, saya ada melihat disebalik tabir untuk filem terbaru Senario di Astro Ria, kalau tak silap saya hampir saban kali filem Senario di tayangkan adalah di waktu perayaan Hari Raya. Dan kali ini menjelang syawal di 1431H / 2010M, Senario akan muncul dengan filem terbaru mereka berjudul Senario Asam Garam. Menarik tu tajuk!.

Selain Senario ( Azlee Jaafar dan Mazlan Pet Pet ) yang bertindak sebagai pelakon utama filem, Senario Asam Garam turut membariskan nama – nama pelakon lain iaitu Fimie Don, Julia Hana, Nadia Mustafar, Syanie, Sathiya dan Zaibo. Tak nampak pula nama Wahid disertakan sekali.

Filem Senario Asam Garam turut diarahkan oleh Hatta Azad Khan dan diterbitkan oleh penerbit panas di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Tuan Besar Metrowealth ( MIG ) Encik David Teo ( orang Segamat tu, sekampung ).

Antara Sinopsis filem Senario Asam Garam ini ialah:-

Filem Senario Asam Garam memaparkan sebuah kisah mengenai Asam dan pembantunya Garam cuba untuk mensabotaj gerai yang dimiliki oleh Cik Hawa ( lakonan Julia Hana ) dan pejabat Pak Adam ( lakonan Azlee Senario ), tetapi usaha mereka selalunya gagal gara – gara kebodohan mereka sendiri.

Asam dan Garam tidak menyukai Pak Adam kerana mereka adalah saingan dalam merebut projek atau tender dalam bidang binaan bangunan. Namun apa yang pasti Pak Adam adalah seorang peniaga yang jujur manakala Asam dan Garam bersifat sebaliknya( Pelik juga nama watak diorang ni, ada iklan Asam di darat, garam dilaut ke dalam filem Senario Asam Garam ni? ).

Apabila terdapat berita mengenai penyambungan tender pembangunan sekolah di kampung mereka tersebar, keadaan ini menyebabkan situasi yang lebih meruncing di antara Pak Adam, Asam dan Garam. Dan ini mendatangkan niat buruk pada Asam dan Garam untuk melakukan apa sahaja yang perlu supaya Pak Adam tidak mendapat tender tersebut dan sekaligus memberi keuntungan buat mereka.

Untuk plot cerita yang lebih lengkap, anda boleh nantikan filem ini yang akan ditayangkan di pawagam pada 1 Syawal ini atau bersamaan 9 September 2010. Itupun kalau anak bulan Syawal mubcul la, kalau dia merajuk maknanya raya tangguh la kut!.

Dibawah ini disertakan trailer Senario Asam Garam dari Youtube:-

7 Komen disini:

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

hahah...lawak..lawak...

Unknown berkata...

macam best...komedi2 santai camni mmg layan...ahaks

manggosteen berkata...

bagi aku.aku dah cukup bosan dgn lawak2 senario..

iddinm berkata...

Senario memang best..dari dulu aku tak pernah bosan tengok ni geng buat lawak..

Mr feckry berkata...

dari gua kecik trend senario macam ni

akuvision berkata...

dari 5 dan tinggal 2

RedBoys berkata...

haha.. lawak..lawak.. 5 star..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...