Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 12 Ogos 2010
9

Pelancaran Jejak Rasul 16, Trilogi Suara Kebenaran

Jejak Rasul 16 Trilogi Suara Kebenaran tampil dengan 3 segmen menarik untuk tatapan umat islam di bulan Ramadhan ini. Diam tak diam Jejak Rasul sudah menjejaki edisi yang ke – 16. Tahniah kepada kumpulan produksi Jejak Rasul kerana sekali lagi mampu muncul dengan dokumentari yang menyentuh dunia Islam dari sudut yang lebih menarik. Bermula semalam ( 11 Ogos 2010 ), Jejak Rasul 16 Trilogi Suara Kebenaran di tayangkan setiap 6.00 petang untuk tempoh sebulan Ramadhan.

3 segmen Jejak Rasul yang di maksudkan oleh saya diatas ialah, pada setiap 10 episod di dalam edisi Jejak Rasul 16 anda akan dihidangkan dengan segmen yang berbeza. Bermula dengan semalam episod pertama dalam segmen yang pertama mula di pertontonkan, segmen yang di maksudkan ialah Srikandi Islam yang menampilkan cerita – cerita kisah hidup Srikandi Islam di zaman Rasullullah SAW seperti Siti Khadijah binti Khuwailid, Siti Fatimah Az-Zahraa, Fatimah binti Al Khattab, Siti Aisyah binti Abu Bakar dan sebagainya.

Ezzah Aziz Fawzy “Ezzah Aziz Fawzy di salah satu lokasi penggambaran Jejak Rasul 16”

Apa yang menarik kali ini pengacara wanita ditampilkan dalam 10 episod kali ini iaitu seorang wartawan wanita yang berpengelaman dan jarang kita lihat di kaca TV sekarang beliau ialah Puan Ezzah Aziz Fawzy. Suatu yang signifikan dengan segmen Srikandi Islam di dalam 10 episod pertama. Manakala untuk baki dua segmen lagi ialah diambil alih oleh Mohd Fasil Mohd Idris dan Abdullah Sidek Majin.

Segmen kedua edisi Jejak Rasul 16 pula ialah segmen Jihad, dimana dalam dunia serba moden kini maksud jihad yang diperjuangkan sering disalahertikan dan ianya satu perkataan yang menjadi fobia untuk dunia barat. Di segmen ini Jejak Rasul 16 akan cuba mengupas apakah faktor yang mengharuskan pertempuran dan bagaimana ianya tidak patut disalahgunakan.

Manakala segmen yang ketiga dan mencakupi 10 episod terakhir dalam edisi Jejak Rasul 16 ialah isu dunia Islam yang sedang hangat diperkatakan iaitu Yahudi dan Bani Israel. Dimana dalam segmen ini Jejak Rasul 16 cuba membawa penonton melihat konlfik di Palestin dan apakah maksud Yahudi dan Zionis itu sendiri.

Kredit foto untuk manggaonline, untuk info yang lebih lengkap rujuk pada dua pautan ini:-

- Artikel Jejak Rasul 16 di Manggaonline

- Artikel Jejak Rasul 16 di MyMetro

Untuk anda yang tidak berkesempatan untuk melihat, boleh lihat di laman TV3 pada pautan di bawah ini:-

- Tonton Jejak Rasul 16 Trilogi Suara Kebenaran

9 Komen disini:

Kay Masingan berkata...

ada tengok kelmarin tentang jejak rasul srikandi ni. cerita pasal syadatina Khadijah.nak tengok lagi la..

afzainizam berkata...

♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸*♥♥*¸.•'´¯)¸.•' ´¯)♥
♥♥(¯`'•.¸(¯`'•.¸**¸.•'´¯)¸.•'´ ¯)♥♥
----==--Ramadan Mubarak---==----
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥♥♥*`'•.¸_)`'• .¸_)
♥(_¸.•'´(_¸.•'´*♥♥*`'•.¸_)`'•. ¸_)♥
Salam ramadan Al Mubarak..
buat pembaca blog kami
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

Ramadan bulan yg mulia..
Tertutup pintu-pintu neraka..Terbuka pintu-pintu syurga..Syaitan-syaitan dibelenggu.
Kesempatan ini memohon maaf atas lama tak ziarah blog anda..

setiap taun tengok semua slot ni... tak mau tertinggal lah

zulkbo berkata...

Salam..singgah sini jap
moga sihat orang di sini..
Jejak Rasul ni memang rancangan
yang baik seta bermenafaat..
جزاك اللهُ خيراً

saya_arief berkata...

besh tengok jejak rasul..
suke2..
:D

Noor berkata...

yeah... i like
tp time tayangan tu besenye da cbok kt dapur.hu

AWAN FANTASIA berkata...

ini blog yg menarik dan cantik...

Lina Rahim berkata...

Selamat Menyambut Ramadhan..

Unknown berkata...

alaa.tak boleh tengok time pukul 6.busy.sob.

sweetie2010.blogspot berkata...

Suka tengok jejak Rasul ni, sejak dari mula dulu lagi.Tahun demi tahun bertambah best.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...