Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Sabtu, 7 Ogos 2010
3

the-switch-2010

The Switch merupakan sebuah filem komedi lakonan terbaru dari dua nama besar di industri Hollywood iaitu Jennifer Aniston dan Jason Bateman. Filem ini turut mendapat sentuhan dua pengarah filem komedi iaitu Josh Gordon dan Will Speck yang sebelum ini mengarah filem Blades of Glory ( 2007 ) lakonan Will Ferrell.

Manakala penulis skrip untuk filem ini mendapat sentuhan dari Allan Loeb yang sebelum ini turut pernah menulis untuk filem 21 ( 2008 ) dan Things We Lost in the Fire ( 2007 ). Filem The Switch ini bakal menemui peminat mulai 20 Ogos ini. Selain Jennifer dan Bateman, The Switchturut membariskan pelakon Hollywood yang lain iaitu Patrick Wilson ( The A-Team ), Jeff Goldblum ( Man of The Year ), Juliette Lewis ( Catch and Release ) dan Thomas Robinson.

Untuk melihat serba sedikit mengenai sinopsis ringkas filem ini, anda boleh layari laman utama filem ini di pautan dibawah ini. Disini turut disediakan trailer yang diambil dari laman Youtube:-

- THE SWITCH OFFICIAL SITE

p/s:- Terkenang lakonan Jennifer dalam F.R.I.E.N.D.S dan Bateman dalam Arrested Development.

3 Komen disini:

mama qistina berkata...

jarang nengok citer omputih ni...kalau tengok pun bila dah tak de citer je baru tengok hik...hik...

rhapsody LiN berkata...

teringin gak nk tgk citer ni.. mcm bes je.

;)

CIK TOM berkata...

wah cam best jer..teringin nak tgk...tp kat trg xde cinema..huk3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...