Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label doa berbuka puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label doa berbuka puasa. Papar semua catatan
On Rabu, 11 Ogos 2010
11

soal-jawab-puasa

Sedang mencari maklumat dan info mengenai Ibadat Puasa, saya terjumpa dua laman sesawang yang dapat memberi jawapan kepada segala ( paling tidak pun persoalan asas ) kemusykilan anda megenai Ibadat Puasa. Dua laman ini amat sesuai dengan carian saya dan memberi jawapan asas mengenai Soal Jawab Puasa.

Sedari info mengenai maksud puasa, persoalan mengenai niat dan perkara – perkara asas yang menyebabkan puasa anda boleh terbatal. Dua pautan laman sesawang itu ialah:-

1. Soal Jawab dari Portal Soal Jawab JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), klik pada pautan atau imej banner di bawah:-

Soal Jawab Puasa JAIS

soal-jawab-jais

2. Pautan dari Laman Sesawang Wikipedia ( Bahasa Malaysia ), klik pada pautan atau imej banner di bawah:-

Wikipedia Ibadat Puasa

wikipedia-ibadat-puasa

- Klik pautan ini untuk memuat turun Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di kawasan anda:-

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa di Negeri – Negeri Seluruh Malaysia 1431H / 2010M

On Selasa, 10 Ogos 2010
7

SAEED_ART_12_10_2004_RAMADAN_by_SAEED_ART

Setelah diperkenankan oleh Majlis Raja – Raja Melayu di Malaysia, dengan ini diisytiharkan tarikh permulaan puasa untuk tahun 1431H jatuh pada esok hari iaitu 11 Ogos 2010. Dengan ini bermulalah permulaan Solat Sunat Tarawikh pada malam ini, jangan ingat nak makan moreh je.

Anda ingin muat turun jadual imsak dan berbuka puasa untuk kawasan anda?, boleh rujuk di pautan ini Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Seluruh Negeri – Negeri Di Malaysia Untuk 1431H / 2010M. Untuk rujuk mengenai niat dan doa berbuka puasa boleh rujuk pada pautan ini Niat Memulakan Puasa dan Doa Berbuka Puasa.


Video Pengumuman Puasa 2010 dari Youtube:-



On Isnin, 9 Ogos 2010
13

ramadhsan

Insya Allah, Rabu ini bersamaan 11 Ogos 2010 bermulanya tanggal 1 Ramadhan 1431H dan menandakan kita sebagai umat Islam wajib menunaikan Rukun Islam yang ke – 3 iaitu “Berpuasa di Bulan Ramadhan” bagi mereka yang sihat tanpa sebarang keuzuran.

Bersempena dengan itu, dibawah ini disediakan post mengenai Niat dan Doa Berbuka Puasa. Bukan apa takut ada antara kita yang terlupa mengenainya. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Meyambut Bulan Ramadhan 1431 H / 2010 M.


NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN


1. NIAT PUASA SELAMA SEBULAN :

نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

“Nawaitu sauma syahri romadhona kulillahhi ta’ala”

Maksudnya :

“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah

Ta’ ala”


2. NIAT PUASA HARIAN:

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ

السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

“Nawaitu sauma ghodin an’adaie fardi syahri romadhona hazizhi

sanati lillahhi ta’ala”

Maksudnya :

“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan

tahun ini kerana Allah Ta’ala”


DOA – DOA BERBUKA PUASA


اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ

“Allahumma lakasumtu wabika amantu wa’ala rizqika afthortu”

Maksudnya :

“Ya Allah, aku berpuasa untuk - Mu, dan aku beriman kepada - Mu,

dan dengan rezeki - Mu aku berbuka”


ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

“ Dzahabazh zhomau wab tallatil ‘uruq wa tsabatal ajru insya

Allah”

Maksudnya:

“Telah hilang rasa haus, dan urat-urat telah basah serta pahala

akan tetap, Insya Allah”



p/s :- Boleh rujuk LanunSepet untuk versi doa berbuka puasa secara jemaah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...