Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label permulaan ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label permulaan ramadhan. Papar semua catatan
On Isnin, 9 Ogos 2010
13

ramadhsan

Insya Allah, Rabu ini bersamaan 11 Ogos 2010 bermulanya tanggal 1 Ramadhan 1431H dan menandakan kita sebagai umat Islam wajib menunaikan Rukun Islam yang ke – 3 iaitu “Berpuasa di Bulan Ramadhan” bagi mereka yang sihat tanpa sebarang keuzuran.

Bersempena dengan itu, dibawah ini disediakan post mengenai Niat dan Doa Berbuka Puasa. Bukan apa takut ada antara kita yang terlupa mengenainya. Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Meyambut Bulan Ramadhan 1431 H / 2010 M.


NIAT PUASA DI BULAN RAMADHAN


1. NIAT PUASA SELAMA SEBULAN :

نـَوَيْتُ صَوْم َ شـَهْرِ رَمـَضَانَ كـُلـِهِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

“Nawaitu sauma syahri romadhona kulillahhi ta’ala”

Maksudnya :

“Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah

Ta’ ala”


2. NIAT PUASA HARIAN:

نـَوَيْتُ صَوْمَ غـَدٍ عَـنْ ا َدَاءِ فـَرْض ِ شـَهْرِ رَمـَضَانَ هـَذِهِ

السَّـنـَةِ لِلـَّهِ تـَعَالىَ

“Nawaitu sauma ghodin an’adaie fardi syahri romadhona hazizhi

sanati lillahhi ta’ala”

Maksudnya :

“Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan

tahun ini kerana Allah Ta’ala”


DOA – DOA BERBUKA PUASA


اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ اَمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ اَفْطَرْتُ

“Allahumma lakasumtu wabika amantu wa’ala rizqika afthortu

Maksudnya :

“Ya Allah, aku berpuasa untuk - Mu, dan aku beriman kepada - Mu,

dan dengan rezeki - Mu aku berbuka”


ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ

“ Dzahabazh zhomau wab tallatil ‘uruq wa tsabatal ajru insya

Allah”

Maksudnya:

“Telah hilang rasa haus, dan urat-urat telah basah serta pahala

akan tetap, Insya Allah”



p/s :- Boleh rujuk LanunSepet untuk versi doa berbuka puasa secara jemaah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...