Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 25 Oktober 2010
6

playbook-main

 

Tanggal 27 September 2010 yang lalu, RIM ( Research In Motion ) yang lebih dikenali sebagai pengeluar telefon pintar terkemuka iaitu siri BlackBerry telah melancarkan sebuah produk yang dilihat sebagai saingan kepada iPad keluaran Apple Inc. Produk Tablet PC milik RIM dikenali dengan nama BlackBerry PlayBook.

Secara asasnya, BlackBerry PlayBook dilengkapi dengan Sistem Pengoperasian ( OS ) BlackBerry Tablet OS yang dibina berdasarkan QNX Neutrino. BlackBerry PlayBook mempunyai dimensi skrin sehingga 7 inci ( sekitar 1024 x 600 piksel ) dan berdimensi penuh  5.1 x 7.6 x 0.4 inci dan mempunyai berat kurang dari 1 KG iaitu sekitar 400 gram.

 

blackberry playbook

 

blackberry playbook

BlackBerry PlayBook turut dilengkapi dengan dua kamera depan dan belakang yang mencapai tahap definisi tinggi ( HD ), dimana masing – masing beresolusi 3MP dan 5MP, ini menyatakan bahawa BlackBerry PlayBook boleh melakukan video conferencing dengan kejituan imej yang lebih jelas. Malah BlackBerry PlayBook turut dikuasakan dengan pemproses dual – core 1GHz dan mempunyai RAM sehingga 1GB.

Selain itu BlackBerry PlayBook turut mempunyai capaian 3G dan Wifi, keluaran video HDMI ( HDMI video output ) serta keupayaan untuk sambungan Bluetooth dengan telefon pintar BlackBerry. Dan BlackBerry PlayBook boleh didapati sekitar awal tahun depan atau suku kedua 2011.

blackberry playbook

 

blackberry playbook

 

Seperti mana – mana Tablet PC, BlackBerry PlayBook dilengkapi dengan Adobe Flash Player yang menjadi asas utama untuk melayari laman – laman sesawang di masa kini. Pasti pengalaman melayari internet tiada bezanya berbanding laptop dan desktop PC. Seperti iPad, anda juga boleh bermain permainan video melalui BlackBerry PlayBook. Keupayaan produk ini untuk multi – tasking juga jangan dipandang rendah.

Untuk melihat dengan lebih dekat mengenai produk ini, anda boleh klik pada pautan ini BlackBerry PlayBook atau mana – mana imej yang terdapat di post ini. Malah anda juga boleh mendapatkan berita terkini mengenai produk ini melalui langganan email di bahagian Get Updates.

 

blackberry playbook

 

Dibawah ini disediakan video promo BlackBerry PlayBook dari laman video terkemuka Youtube:-

 

6 Komen disini:

gnesop.com berkata...

harap persaingan byk nih (ipad/samsung/BB) boleh jadikan harga jatuh.. huhuhu
kalau murah, boleh angkat 1

akuvision berkata...

betul tu sop, tu blom masuk dell, pioneer pun ura2 nya tahun depan kuar lagi tu

zulkbo berkata...

salam..
menarik gadjet ni..
harap saya boleh memilikinya
satu hari nanti

aman_arab berkata...

memang canggih..aku pun teringin jugak nak pakai..tapi apsal gadjet best2 nih harga dia maut sangat..huhuhu

Unknown berkata...

memang namun,namun memorinya masih lagi terhad bwh 1gb.bilalah memorinyanak mencapai tahap beratus gb mcm laptop.

cybernetic88 berkata...

terbaik kowt. best ni klu dpt. haha. tp besar. nk pgng lagi. segn lak. kecik2 oke jgk. ngee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...