MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Selasa, 12 Oktober 2010
9

patrick-boivin

Antara video Youtube yang sering saya tonton di internet ialah dari hasil karya channel milik Patrick Boivin. Anda masih ingat dengan video Youtube Iron Baby?,ia adalah milik olahan Patrick Boivin ini, malah model baby yang digunakan dalam Iron Baby adalah anak perempuan Patrick sendiri ( klik pautan ini untuk melihat video Iron Baby di Youtube ). Sebagai seorang yang minat dengan seni animasi, saya begitu terpesona dengan kebolehan Patrick dalam menghasilkan seni animasi stop motion.

IRON-BABY “Iron Baby video screenshot”

Apakah itu stop motion?, jika anda pernah melihat Wallace and Gromit atau Flushed Away maka itulah hasil karya animasi stop motion dan untuk mengetahui tentang stop motion dengan lebih lanjut rujuk pada pautan ini STOP MOTION.

Siapakah Patrick Boivin?, secara ringkas beliau merupakan seorang pembikin filem yang berasal dari Montreal, Quebec, Kanada dan terkenal dengan kepakaran dalam seni animasi stop motion dan karya filem pendek ( kebanyakan karyanya boleh di lihat di laman Youtube ). Dalam membikin sesuatu karya boleh dikatakan Patrick melakukan segalanya secara sendiri dari pencahayaan, proses suntingan, animasi, kesan khas dan juga muzik ( well – around ).

Dibawah ini adalah sebahagian dari karya Patrick Boivin dalam kategori animasi stop motion:-

“Google Nexus One Promo Ads, Sponsored by Google”

“Stop motion animation of Bruce Lee VS Iron Man”

“Stop motion animation of Mr. Bean dance battle with M. Jackson”

“Most recent Patrick Boivin stop motion animation”

Untuk melihat video – video hasil karya Patrick Boivin yang lain, anda boleh klik pada pautan ini PATRICK BOIVIN CHANNEL atau klik pada imej dibawah ini atau diatas. Anda bukan sahaja dapat melihat hasil video dari animasi stop motion, malah karya filem pendek, interaktif dan video muzik. Dan jika berminat anda boleh melanggan channel Patrick Boivin.

patrick-boivin-channel

p/s:- Dalam Bahasa Malaysia ianya di panggil animasi gerak henti.

9 Komen disini:

paskal_garuda berkata...

wah!!!terbaik bro stop motion dia...lame nak bikin tu...

Farah-Izzaty berkata...

macam kelakar pulak bunyi stop motion dlm bahasa melayu.. =P

paskal_garuda berkata...

banyak guna patung tu bro a.v....

syahrilhafiz berkata...

wah lama tak singgah sini..
first time baru dengar nama patrick ni..hehe

StellaClaire-Richard berkata...

nice post..:)

paan berkata...

serius mantap...bila la aku nak mampu wat semua tue..hahaha

Entri terbaru -> 10 tips menulis entri menarik

shark berkata...

wow...
thanx for info..
mmg besh

Sabri berkata...

selalu tengok video dia..mmg gempak gler..nmpk real je..

kisah abu nawas berkata...

keren sob.
di youtube orang makin meraja lela lihat video

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...