Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label teater. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teater. Papar semua catatan
On Khamis, 27 Mei 2010
8

teater muzikal dr mahathir

Teater Muzikal Tun Mahathir yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober ini melibatkan hampir 80 orang pelakon dan hampir 20 hingga 30 lagu akan dialunkan sepanjang tempoh pementasan serta memakan kos perbelanjaan hampir RM 2 juta.

Teater Muzikal Tun Mahathir ini telah mendapat kebenaran dari Tun Mahathir sendiri berpandukan surat balasan kebenaran yang diterima oleh Siti Rohayah Attan ( penerbit ) pada 1 Disember tahun lepas.

Teater Muzikal Tun Mahathir ini telah menjalankan sesi ujibakat pada 24 dan 25 April lalu di Istana Budaya namun belum pasti samada pihak produksi telah menemui pelakon yang memegang watak utama dan hanya akan didedahkan pada hari pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir nanti.

Teater Muzikal Tun Mahathir akan dipentaskan dengan harga tiket RM80, RM100 dan juga RM150 dan boleh ditempah melalui www.ticket2u.biz atau melalui Istana Budaya di talian 03 – 4026 5558.

Olahan artikel dari Kosmo Online, baca juga artikel saya sebelum ini iaitu Tun Dr Mahathir The Musical.




p/s:- Bekas perdana menteri yang lain ada juga ke teater muzikal?, kalau buat mesti best!

On Jumaat, 16 April 2010
1


Berita baik buat mereka yang meminati ketokohan Tun Dr Mahathir kerana Istana Budaya akan mementaskan sebuah pementasan muzikal menurut biografi hidup Tun Dr Mahathir Mohamad disana pada 24 September sehingga 4 Oktober tahun ini.

Menurut Mohamad Juhari Shaarani, pementasan ini sebagai menghargai jasa budi Tun Dr Mahathir dalam memajukan dan membangunkan negara ini sepanjang tempoh pimpinannya.

Ia merupakan suatu pementasan muzikal yang unik kerana ia mementaskan biografi mereka yang masih hidup. Menurutnya lagi, pementasan muzikal ini membawa kita mengembara dari zaman beliau kecil, semasa beliau menjadi perdana menteri sehingga zaman persaraannya sekarang.

Naskah pementasan ini ditulis dan digarap oleh Ismail Kassan bersama Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Ngah sebagai pengarah muzik, manakala Rosminah Mohd Tahir bertindak sebagai pengarah pentas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...