Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label origami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label origami. Papar semua catatan
On Jumaat, 1 Oktober 2010
16

onepaper 

“One Sheet Paper Art” atau dalam Bahasa Malaysia dikenali dengan “Seni Sehelai Kertas”, merupakan satu hasil kreatif yang dihasilkan hanya dari satu kertas yang dipotong menggunakan gunting atau pun pisau pemotong kertas.

Peter Callesen merupakan salah satu artis yang cenderung dalam seni yang sebegini, jika dilihat dari hasil karya yang dihasilkan oleh Peter anda pasti terpegun. Anda tidak percaya?, anda boleh tengok sendiri sebahagian dari hasil karya beliau yang disertakan di bawah ini.

 

peter 1 “Looking back, 2006”

peter 2 “Impenetrable Castle, 2005”

peter 3 “In the Shadow of an Orchid, 2005”

 

peter 4 “Eismeer, 2006”

 

peter 5 “Distant Wish (detail), 2006”

peter 6  “The Short Distance Between Time and Shadow, 2006”

peter 7 “Half Way Through, 2006”

peter 8 “Little Erected Ruin, 2007”

 

Apa yang menariknya setiap hasil seni yang dihasilkan oleh Peter mempunyai tajuk dan cerita disebaliknya. Antara saiz kertas yang sering digunakan oleh Peter untuk menghasilkan karya One Sheet Paper Art ini ialah A4 115 Gram, 80 Gram dan menggunakan gam untuk melekat. Untuk melihat hasil Peter yang lain anda boleh klik pada pautan ini untuk ke laman utama beliau PETER CALLESEN.

Untuk melihat hasil seni dari kertas yang lain anda boleh klik pada pautan ini FREE PAPERMODEL.

On Isnin, 14 Jun 2010
5

origami

Salah satu hobi yang saya minat dahulu ialah papercraft. Tahukah anda apakah itu papercraft?, contoh termudah ialah seni kertas origami. Dimana anda menggunakan kertas untuk mereka bentuk - bentuk yang menarik seperti gambar diatas.

Namun pada post kali ini, saya ingin mengenengahkan beberapa laman sesawang seni papercraft yang berbeza dan menarik, ianya percuma dan anda hanya perlu memuat turun dan mencetaknya di printer.

Pertamanya laman papercraft dari Yamaha. Walaupun Yamaha dikenali dengan syarikat yang berkaitan dengan pembuatan motorsikal dan alatan elektronik khususnya dalam pembuatan alat muzik eletronik, ia turut menyediakan satu ruang di laman sesawang untuk papercraft buat orang ramai untuk di muat turun. Untuk ke laman ini klik disini YAMAHA PAPERCRAFT :-

yamaha papercraft

yamaha papercraft

Laman sesawang yang kedua pula ialah laman ini, Mitsubishi dimana laman ini lebih bertumpu pada papercraft yang berbentuk kereta yang juga boleh dimuat turun secara percuma. Antara contoh papercraft yang disediakan seperti gambar dibawah. Untuk ke laman ini klik pada link ini MITSUBISHI PAPERCRAFT:-

mitsubishi papercraft

Laman ketiga yang menyediakan muat turun papercraft yang lebih menarik ialah yang disediakan oleh laman Canon. Berbeza dengan dua laman sebelum ini, laman ini lebih meluas kategorinya dan antara yang menarik ialah seperti gambar di bawah ini, untuk ke laman ini klik disini CANON PAPER CRAFT:-

canon papercraft

canon papercraft

Laman sesawang keempat ialah laman dari EPSON. Untuk ke laman ini klik pada link ini EPSON PAPERCRAFT atau pada imej screenshot dibawah ini:-

epson papercraft

Laman kelima ini pula lebih kepada himpunan papercraft yang dihimpunkan dari laman – laman yang berlainan dan saya syorkan anda untuk melawatnya. Dikenali dengan nama creative closeup ianya memang boleh membuatkan peminat papercraft untuk rambang mata melihat. Malah laman ini turut menyediakan info berkaitan maklumat yang lain yang mungkin boleh menarik anda seperti gajet kreatif terkini. Untuk ke laman ini klik di link ini CREATIVE CLOSEUP atau klik pada imej screenshot dibawah ini:-

creative closeup

creative closeup

Sebenarnya terdapat banyak lagi laman sesawang yang berkaitan dengan seni papercraft. Kalau anda rajin carilah di internet pasti anda akan menjumpainya dan jangan lupa untuk berkongsi maklumat mengenainya.

Selamat berkreatif!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...