Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label htc wildlife. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label htc wildlife. Papar semua catatan
On Selasa, 15 Jun 2010
3


Jika sebelum ini HTC mengeluarkan beberapa telefon pintar yang mendapat sambutan seperti HTC Incredibles dan HTC Wildlife, kali ini HTC muncul lagi dengan telefon pintar terbaru yang dikenali dengan HTC Aria.
HTC Aria dilihat lebih kecil dari saiz dan juga dari segi harganya. Hangat diperkatakan di internet telefon pintar lebih murah berbanding telefon pintar yang berada di pasaran sekarang. Seperti telefon pintar HTC yang lain, telefon HTC Aria ini turut di operasikan dengan sistem operasi Android 2.1.

Dari segi kamera pula, HTC Aria dilengkapi dengan kamera beresolusi 5MP dengan paparan HVGA berdimensi 3.2 inci. Malah telefon ini menggunakan sistem skrin sentuh sepenuhnya tanpa keyboard, HTC Aria turut hanya sepanjang 4 inci dengan berat 4.05 ounce. HTC Aria juga diperkuasakan dengan pemproses Qualcomm MSM7227 600MHz.

Namun untuk sementara waktu ini HTC Aria hanya didapati di Amerika Syarikat melalu langganan rangkaian pembekal telekomunikasi AT&T. Untuk melihat HTC Aria dalam demo ringkas, lihat video dari Youtube ini:-


On Selasa, 18 Mei 2010
4

facebook-friendly-htc-wildfire-debuts-0

Syarikat pengeluar telefon HTC sekali lagi mengumumkan sebuah telefon pintar baru yang diberi nama HTC Wildlife yang mana ianya menyerupai telefon sebelum ini iaitu HTC Desire. Apa yang membezakan ianya lebih kecil dan padat.

HTC Wildlife juga dikenali dengan nama Desire Mini, dan mempunyai dimensi skrin 81mm. Skrin HTC Wildlife ini 5 kali lebih kecil berbanding HTC Desire. Dijanakan dengan pemproses yang lebih perlahan iaitu 528 Qualcomm.

Namun walaupun saiz HTC Wildlife lebih kecil, ianya masih mempunyai fungsi seperti Wifi, GPS, HSDPA dan sistem operasi Android 2.1. Dijual dalam tiga warna iaitu merah, hitam dan putih dan disertakan dengan kamera 5MP. Direka untuk mereka yang suka bersosial melalui laman – laman sesawang seperti facebook dan twiller, ianya mengikut trend seperti N97 Mini milik Nokia dan Xperia X10 milik Sony Ericsson.

htc_wildfire

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...