Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Jumaat, 22 Oktober 2010
8

main nokia x3 - 02

Nokia X3 Touch and Type atau lebih dikenali dengan nama Nokia X3 – 02 merupakan model telefon pintar yang dihasilkan oleh syarikat gergasi pembikin telefon bimbit Nokia yang berpusat di Finland. Dan Nokia X3 Touch and Type ini baru sahaja memasuki di pasaran negara kita Malaysia.

Nokia X3 – 02 ini merupakan rentetan dari model yang terdahulu iaitu Nokia X3 – 00 dan Nokia X3 – 01. Kembali kepada Nokia X3 Touch and Type atau Nokia X3 – 02, model ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dimana ianya menyediakan dua kaedah pengoperasian iaitu dengan menggunakan teknologi touch screen ( skrin sesentuh ) dan type ( keypad ).

 

nokia x3“Nokia X3, model terdahulu” 

 

Malah ianya tidak menggunakan kaedah Slide In untuk menyembunyikan keypad disebalik touch screen seperti model – model telefon pintar yang lain sebelum ini. Tentu saja ia memudahkan pengguna dengan cara begini.

Antara spesifikasi yang dimiliki oleh Nokia X3 – 02 ini ialah, ianya mempunyai dimensi saiz skrin sesentuh 2.4 inci dan mempunyai resolusi skrin 240 x 320 piksel ( QVGA TFT ) dan memaparkan sehingga 262 000 warna. Nokia X3 – 02 secara keseluruhan berdimensi 106.2 x 48.4 x 9.6 mm dan seberat kurang dari 100 gram iaitu sekitar 78 gram.

 

nokia x3 - 02“Nokia X3 – 02 aka Nokia X3 Touch and Type” 

 

Telefon Nokia X3 – 02 mempunyai memori terbina dalaman sehingga 50 MB dan mempunyai slot untuk kad memori MicroSD tambahan sehingga 16 GB kapasiti. Untuk kamera pula, Nokia X3 – 02 mempunyai kamera beresolusi 5 MP dengan capaian dimensi sehingga 2592 x 1944 piksel. Nokia X3 – 02 yang baru dibeli juga akan disertakan dengan permainan video percuma iaitu Guitar Hero 5, Hip Hop Tour, Climate Mission dan Memorize serta semua permainan ini dikendalikan melalui touch screen.

Anda boleh mendapatkan telefon pintar Nokia X3 - 02 ini secara percuma jika berlanggan dengan pelan postpaid Maxis, untuk mengetahui perihal ini dengan lebih lanjut anda boleh klik pada pautan ini FREE NOKIA X3 – 02 atau anda boleh klik pada imej di bawah. Telefon ini juga boleh didapati secara jualan retail dengan harga sekitar RM 635 – RM 650 ( maklumat dari mobile88 ).

 

pakej nokia x3 maxis

 

Dibawah ini disertakan video dari Youtube mengenai Nokia X3 Touch and Type atau Nokia X3 – 02:-

 

8 Komen disini:

Cik Tim berkata...

hurmm..ala2 mcm SE aino.. hurmm..tak tau nak komen pe pasal hp x3 ni.. ish..apasal lak la designer dia terangkn beriya beno.. hehe..

Rimau Sakti berkata...

kecinggihan melampaui batasan illusi...syurga juga yang menanti...huhuh...ape daaa aku cakap...

suffer8zine berkata...

alangkah indahnya kalau aku dapat sebijik

zulkbo berkata...

salam..
nampak menarik..
mesti mahal kan?

caliph shuriken berkata...

dh bkenan ni..
biar masa tentukan, hikk...

akuvision berkata...

tak mahal bto zulkbo, bawah rm700 je ni

HealthCare berkata...

very expensive? this phone

Tanpa Nama berkata...

huisyh..cantek2 nyer.
cantek menarik tertarik..kau mmg da bomb!! hehehe
tunggu ayna keje la baru dpt beli alamatnya..
xpe2..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...