Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 14 Oktober 2010
13

filem

Salah satu genre filem yang selalu menarik perhatian orang ramai untuk bertandang ke pawagam ialah komedi. Tidak kiralah jika ianya sekadar komedi parody seperti Vampire Suck atau Black Comedy seperti Just Add Water, malah komedi aksi seperti The Other Guys dan komedi romantik seperti The Back Up Plan. Dan untuk bulan Oktober ini kita bakal dihidangkan dengan dua buah filem komedi yang berjaya menarik perhatian saya untuk menonton.

 

life as know it poster“Life As We Know It Poster” 

 

Life As We Know It merupakan sebuah filem yang bercorak drama komedi romantik keluarga, dan bakal menemui penonton di pawagam lewat bulan Oktober ini. Filem yang dikelaskan dalam rating PG-13 ini merupakan buah tangan terbaru dari seorang pengarah yang sedang meningkat naik iaitu Greg Berlanti ( sebelum ini mengarah filem The Broken Hearts Club : A Romantic Comedy ) dan ianya adalah hasil produk dari Warner Bros Studio.

Menampilkan Katherine Heigl ( Knocked Up, The Ugly Truth, Killers ) dan Josh Duhamel ( Transformers ) sebagai watak utama, ianya pasti menghidangkan aksi – aksi romantik komedi yang menarik. Saya sendiri meminati filem – filem lakonan Katherine Heigl, dan watak komedi memang sinonim dengan aktres jelita ini.

 

Life As We Know It

 

Life As We Know It“ Life As We Know It Still Images”

 

Melihat dari promo trailer filem ini ianya mengingatkan saya mengenai filem Knocked Up dimana golongan muda yang tidak bersedia untuk bekeluarga tetapi mengambil peluang yang ada untuk mencuba. Yang penting nilai kekeluargaan turut sama diterapkan.

Sedikit mengenai plot filem Life As We Know It:-

 Katherine Heigl memegang watak sebagai Holly Berenson iaitu seorang katerer yang meningkat naik manakala Josh Duhamel pula memegang watak sebagai Eric Messer, seorang Pengarah TV Rangkaian Sukan yang berjaya. Kedua watak ini bertemu dalam satu temujanji, tetapi ternyata mereka tidak serasi bersama. Hendak dijadikan cerita, mereka berdua ini telah dilantik sebagai penjaga kepada anak rakan mereka yang baru sahaja meninggal dunia dan mereka dikehendaki untuk tinggal sebumbung untuk menjaga anak tersebut iaitu Sophie.

Dari sinilah bermula perjalanan mereka sebagai ibu bapa, malah harus bekerjasama supaya Sophie mendapat kasih sayang dan perhatian dari mereka berdua. Untuk melihat trailer filem ini anda boleh lihat di bawah dan untuk lanjutan mengenai filem Life As We Know It klik pada pautan ini Life As We Know It.

 

 

 

red-movie-poster

Sebuah lagi filem yang menarik perhatian saya ialah filem komedi aksi bertajuk Red. Filem ini menampilkan ramai nama – nama besar seperti Bruce Willis ( Die Hard ), Helen Mirren ( The Queen ), Morgan Freeman ( Invictus ), John Malkovich ( Eragon ), Mary – Louise Parker ( Solitary Man ) dan disamping pelakon – pelakon sampingan lainnya.

Filem Red ini bolehlah dikatakan sebagai filem terbaru lakonan Bruce Willis berserta lainnya dan ia menampilkan Robert Schwentke yang sebelum ini pernah mengarah Flightplan ( 2005 ) dan The Time Traveler’s Wife ( 2009 ), sebagai pengarah filem Red ini. Red bakal menemui penonton di pawagam sekitar 21 Oktober 2010 ini.

 

red-movie-new-images-41“Bruce Willis as Frank” 

 

red-movie-new-images-7“Morgan Freeman as Joe” 

 

red-helen-mirren-2“Helen Mirren as Victoria and John Malkovich as Marvin” 

 

Filem Red ini pada dasarnya berasal dari sebuah novel grafik yang diterbitkan oleh DC Comics dan diadaptasi ke dalam bentuk live – action film. Dan secara kasarnya plot filem Red ini ialah:-

Frank lakonan Bruce Willis, Joe lakonan Morgan Freeman, Marvin lakonan John Malkovich dan Victoria lakonan Helen Mirren merupakan empat orang bekas ejen CIA yang terbaik dan juga mereka juga sering dijadikan sasaran kerana status mereka itu.

Disebabkan hal – hal tertentu mereka berempat telah difitnah mengatur dan melaksanakan sebuah pembunuhan terancang. Jadi mereka berempat bergabung pengalaman untuk menyelesaikan dan membersihkan nama mereka berempat.

Maka bermulalah pengembaraan mereka untuk membersihkan nama mereka dan ianya membawa penemuan kepada kontroversi terbesar yang penah diselindung oleh kerajaan mereka sendiri!. Dan pastinya ianya padat dengan aksi komedi yang tidak dijangka.

Untuk melihat trailer filem ini, lihat pada video yang disertakan di bawah ini dan untuk mengetahui mengenai filem ini dengan lebih lanjut boleh klik pada pautan ini RED 2010 MOVIE.

 

13 Komen disini:

najihah berkata...

tak sabaq nak tengook..

best2..

suffer8zine berkata...

mmg mesti kena tgk ni!

Jemanberagas berkata...

wah 2 2 mcm best je ni...

zirconia berkata...

life as we know it memang rasa nak tengok sangat. comel kot. hee~

eZmALiZa berkata...

mesti tgk ni..walopon da nak exam, curik gak masa utk tgk wayang!! yeah!! :D

akuvision berkata...

lepaskan tension study tu ye tak ezma

Nur Hawa Mohd Zin berkata...

dua-dua best!!! tapi nak tunggu narnia 3D bulan Dis..hehe

kyo_9 berkata...

cam rugi duit plak g wayang tgk citer komedi.. download sudah ;p

kalo citer aksi lebih2 lagi yang CGI gempak2.. tu memang berbaloi layan wayang.. kui3

Rimau Sakti berkata...

huhuhu...mcm best gak citer ni...ade ke wayang esok ni...huhuhu.Eh! dah kuar panggung ker?huhuhuhu

Mr. Asada berkata...

hahahahaha... cam best giler je citer live as we know it tu.. nak tengok!!!

HaN WarreN berkata...

nak tengok tapi pitih xde huhuhu..

akuvision berkata...

den dah tgk red secara online and donlod, memang best la sebab ada bruce willis

Tanpa Nama berkata...

Hey i am suuper boy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...