Vampire Suck merupakan sebuah filem parody yang difilemkan untuk mengajuk siri – siri filem yang terkandung dalam Twilight Saga iaitu Twilight, New Moon dan yang terbaru Eclipse.
Vampire Suck ini adalah buah tangan terbaru yang dihasilkan oleh pengarah filem parody terkenal iaitu Jason Friedberg dan Aaron Seltzer yang bertanggungjawab mengarah filem Disaster Movie ( 2008 ), Meet the Spartans ( 2008 ) dan Epic Movie ( 2007 ). Mereka berdua turut berfungsi sebagai penulis skrip untuk filem Vampire Suck ini.
Filem ini merupakan terbitan Studio 20th Century Fox dan bakal menemui peminat di pawagam sekitar Malaysia pada 26 Ogos hadapan. Mengambil jalan cerita yang hampir sama dengan kesemua filem Twilight sebelum ini anda pasti tidak kering gusi ketika menonton. Dibawah ini dipaparkan imej - imej statik dari filem Vampire Suck ini.
Untuk melihat filem ini dengan lebih terperinci anda boleh layari laman sesawang utama di link ini Vampire Suck. Dibawah ini adalah trailer rasmi untuk filem ini.
