Pastor Terry Jones akhirnya membatalkan rancangan jahatnya untuk membakar kitab suci Al – Quran milik umat Islam 11 September 2010 ini setelah seorang Imam yang juga selaku Pengerusi Persatuan Muslim Florida Tengah iaitu Imam Muhammad Musri membuat persetujuan untuk mengalihkan rancangan pembinaan masjid di Ground Zero ke lokasi tapak yang lain melalui sebuah rancangan di corong radio.
Namun apa yang pasti, jika persetujuan ini tidak dicapai atau dilaksanakan mungkin isu pembakaran Al – Quran akan berbangkit semula kerana sebelum ini Pastor Terry Jones membatalkan rancangannya namun tidak sampai 24 jam setelah melihat tiada kemajuan dalam persetujuan kedua belah pihak ini, dia cuba memulakan kembali kempennya.
Menurut Imam Muhammad Musri, beliau tiada kuasa untuk menukarkan tapak lokasi pembinaan masjid di Ground Zero namun apa yang mampu Imam ini lakukan ialah menghubungi rakan sejawatnya di New York dan membuat temujanji antara Imam Muhammad Musri, Pastor Terry Jones dan Imam dari New York tersebut dan berbincang dengan ketua Projek Pembinaan Masjid Ground Zero tentang permindahan tapak lokasi.
Sebelum ini President Amerika Syarikat Barack Obama turut mengeluarkan pernyataan untuk Pastor Terry Jones melupakan rancangan Pembakaran Al – Quran 11 September 2010 setelah menerima tekanan dari raja – raja, pemerintah, perdana menteri dan pembesar dari negara – negara Islam, malah Barack Obama turut berkata ianya bakal menjejaskan nyawa tentera – tentera Amerika yang bertugas di negara – negara Islam yang bergolak.
Untuk rekod dua laman web milik gereja Pastor Jones dan miliknya sendiri di buang dari pembekal hosting malah bintang Hollywood Angelina Jolie turut membantah tindakan Pastor Terry Jones untuk membakar Al - Quran.
