Blackberry© Torch™ 9800 merupakan sebuah telefon pintar terbaru yang dilancarkan oleh pengeluar Blackberry© iaitu RIM ( Research In Motion ). Blackberry© Torch™ 9800 juga merupakan satu – satunya telefon pintar Blackberry© yang dilengkapi dengan dua modul kendalian iaitu melalui skrin sesentuh dan juga papan kekunci QWERTY. Malah Blackberry© Torch™ 9800 turut dilengkapi dengan sistem operasi Blackberry© terkini iaitu Blackberry OS 6.0.
Blackberry© Torch™ 9800 yang bakal memasuki pasaran Amerika minggu hadapan iaitu 12 Ogos 2010 turut dilengkapi dengan pelayar web terbaru, kamera 5.0 MP yang boleh memberi prestasi autofokus, digital zoom dan juga pengenalpastian muka ( face recognition ), sistem kendalian GPS, capaian WIFI dan juga capaian HSDPA sehingga 3.6 Mbps.
Blackberry© Torch™ 9800 selain itu disertakan dengan memori terbina dalaman sebanyak 4GB dan mempunyai sokongan untuk memori luaran micro SDHC sehingga 32GB. Ia turut dikuasakan dengan pemproses 624 MHz, ianya sedikit lambat berbanding telefon saingannya iaitu HTC Desire dan juga iPhone 4. Namun harus diingat ianya dijanakan dengan Blackberry OS 6.0 terbaru yang lebih stabil dan juga fleksibel.
Ia juga dilihat sebagai salah satu usaha RIM untuk bersaing dengan pengeluar HTC dan Apple.
Untuk melihat Blackberry© Torch™ 9800 dengan lebih dekat, anda boleh pergi ke pautan ini:-
Dibawah video ulasan mengenai Blackberry© Torch™ 9800:-
