Jika di pagi semalam saya membuat post mengenai khasiat ubi kentang, kali ini mari kita lihat pula khasiat ubi kayu. Mengikut kisah yang diceritakan oleh, masa zaman Jepun ubi kayu dijadikan makanan harian yang menjadi pengganti beras.
Secara asasnya ubi kayu sering dijadikan kerepek, dan ianya menjadi kegemaran saya. Lagilah kalau dibuat kerepek goreng pedas!, memang best. Tiba - tiba teringat pulak makan ubi rebus yang dicecah dengan kelapa parut dan dibalas dengan minum teh di waktu petang, memang terbaik!.
Oklah, kembali kepada tujuan penulisan post ini iaitu mengenai khasiat ubi kayu. Ubi kayu merupakan sumber karbohidarat ketiga terbesar di dunia dimana ianya menjadi hidangan lebih kepada 500 juta penduduk dunia secara keseluruhan.
Ubi kayu juga mempunyai kandungan mineral seperti kalsium, serat diet, besi, manganese, fosforus, potasium, vitamin B6 dan vitamin C. Memetik mengenai serat diet, ianya berfungsi untuk megurangkan risiko penyakit kardiovaskular, kanser usus dan juga membantu mengawal diabetis.
Patutlah ubi kayu satu masa dahulu menjadi pengganti nasi kerana ianya penuh dengan serat yang memberi rasa kenyang pada tubuh. Teringat juga masa zaman sekolah rendah dulu, buat gam dari tepung ubi kerana ia mempunyai kandungan kanji.
Kalau dari segi permakanan, pucuk ubi kayu ni sedap kalau dibuat ulam cecah air asam ( peh meleleh ), buat kerabu pun enak jugak, lagilah terliur kalau di buat masak lemak cili api makan dengan nasi panas ( lisa surihani lalu pun buat dek je, ye ke? ).
p/s:- Kalau petang ni dapat makan bingka ubi pun sodap gak ni!
