Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label tag. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tag. Papar semua catatan
On Jumaat, 21 Mei 2010
7

TAGGED

Sudah lama tak buat TAG, tiba – tiba malam semalam dapat mesej dekat shoutmix yang menyatakan saya telah di TAG oleh seorang blogger misteri. Blogger misteri itu ialah saudara RORONOA ZORO yang berada di alamat blog www.blogzoro.com yang menggunakan tagline ( ceh macam AF la pulak ) “ Aku BerBlog bukan untuk Popular “.

Walaupun nama saya diletakkan sebagai blogger tambahan namun ianya tidak mengapa kerana TAG ini begitu unik kerana kali pertama saya boleh berkongsi sesuatu mengenai perihal diri saya. Jika dilihat kebanyakan post dalam blog ini jarang menceritakan mengenai hal personal, dan inilah peluang anda untuk mengenali.

Namun sebelum itu, kita lihat dulu syarat – syarat untuk menjawab TAG ini:-

  1. Tulis 23 perkara rawak tentang diri anda ( samada fakta, impian atau imaginasi ).
  2. Sampaikan TAG ini kepada 5 rakan blog yang lain.
  3. Harus ikut peraturan, jika tidak TAG anda tidak sah!.
  4. Ikut segala yang ditulis diatas.

Trivia menarik mengenai saya:-

1. Dikenali sebagai AKUVISION, dan kini sebagai AV dalam dunia blogging.

2. Pernah membuat kurang dari 10 blog dalam 8 tahun kebelakang, termasuk melalui laman Friendster. Tiada satu kekal, hanya yang ini.

3. Seorang lelaki sejati you!.

4. Anak keempat dari 6 beradik, bongsu lelaki.

5. Suka memasak dan mengemas rumah.

6. Minat pada rekaan grafik, namun kekurangan bakat.

7. Kacukan Bidayuh dan juga Melayu.

8. Lahir di Sabah.

9. Pernah menetap di Sarawak, Kedah, Pahang, Sabah, Pahang dan Terengganu ( Apakan daya, anak Askar banyak posting ).

10. Kini menetap di Segamat, Johor.

11. Tidak bekerja.

12. Masih bujang.

13. Proud OKU yang berdaftar dengan JKM.

14. Berumur 27 Tahun.

15. Fanatik pada permainan siri The Sims, The Sims 2 dan The Sims 3.

16. Meminati nasyid sejak zaman belajar di UiTM Dungun.

17. Pernah merakamkan rangkaian lagu nasyid untuk Program Hari Raya di RTM Terengganu ( gelegik sokmo! ).

18. Fanatik pada manga dan anime SLAMDUNK!. Go Hanamichi Tensai!.

19. Minat pada Drama Korea FULLHOUSE, MY GIRLS.

20. Meminati Drama Jepun GTO.

21. Meminati siri FRIENDS, SUPERNATURAL, CHUCK dan HOUSE.

22. Pernah bercita – cita untuk menjadi Doktor. ( Bukan Doktor Cinta Ye ).

23. Sayalah Superman yang sebenarnya, hahahahahah!!!!

Huhuhu, khatam juga TAG ini. Sekarang terimalah terjahan TAG ini buat kamu yang berada dalam senarai di bawah:-

1. Liennasts.

2. Hawa.

3. iJan.

4. embun.

5. ashrafi.

p/s:- Agak – agak sesiapa yang nak boleh juga ambil. Bagi nama kat daftar komen ya?

On Sabtu, 1 Mei 2010
2

Tengah dok ziarah member - member punya blog, tersinggahlah kat blog si pepijoe ni, eheheh. Saya ditag lagi buat kali ketiga, kali ni nak kena jaga lembu wasiat dari ketua kampung sipening lalat (bakal bapak mentua tu). Nak tak nak kena jaga la kan, kang borang wali tak approve pulak kan?. Lagipun memandangkan rumput belakang rumah tu dah macam rumah ular sawa dan mesin rumput pulak dah rosak, maka hasilnya lihatlah lembu yang aku dah gemukkan ini!.

lembuwasiat_thumb2[3]

Ini pulak keadaan belakang rumah saya setelah habis rumput diragut secara baik punyerrr(dengan gaya ala – ala Dafi Baik Punye…)

centraalvalleywater_091214_01_UCDavis_a472x315

Oleh sebab lembu ni pun dah digemukkan serta dijaga dengan rapi, siap bagi susu Weight Gain lagi ni. Borang wali pun dah sain, jadi saya nak wasiatkan pulak lembu ni kepada tujuh orang yang bertuah.


1. Thank & link the person that gave you the cow (JGN LUPA COPY PICTURE SEKALI)

Terima asih buat hang pepijoe sebab suruh ketua kampung si pening lalat ni kasi lembu ni kat aku


2. Bagi balik wasiat ni kat 7 bloggers yg paling active atau7 paling tak active..hahaha

Mereka yang terpilih ialah:-

liennasts aka adik perempuan saya yang aktif berblog

ashrafi yang rajin dok datang beri trafik kat blog tak macho ni

embun di tengah malam yang sentiasa berembun walaupun ta malam

Pacifist yang begitu idealistik pemikirannya terhadap addin islam

sugar2 kapas strawberry yang berbau seperti stawberry juge

Mofizputra, sebab hang tinggalkan komen hang dapat la ini lembu

SyuQ, dia ni dapat sebab dia dapat award


3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat dari orang kaya kg sepening lalat

Kami semua sepakat di kampung hai pening lalat….lalalalalala


4. Cerita 3 perkara apa yg anda selalu buat sambil tgk tv

huhu blog walking!
makan dah tentu…
tidur la paling best..


5. Bagitau 3 makanan pelik yg pernah anda makan

Tahi minyak
Nasi goreng member aku masak, hhahahah
Beras terbakar (memang beras tu kena bakar, hangus pulak tu)


6. Cuba bagitau berapa orang dah kawan anda kat FACEBOOK

hehehe…tak ramai, sikit jo. Tak sampai 80 pun (74 la, buat pa nak sorok)


7. Feveret soalan ni.....camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...

Rujuk status saya, belum berpunya sebab kaunter jodoh belum tutup. Hehehe…

Nama orang yang dapat wasiat ni, jagalag lembu tu dengan tekun ya. Cuba suruh lembu tu muhasabah diri sikit ye, jangan ayik makan nanti obesiti. Kahkakakakah…(lepas seksa aku jaga lembu!)

On Selasa, 27 April 2010
5

awardfrenshipMate



Selamat malam, kali pertama dalam masa sebulan ini saya dapat Awards kerana berblogging. Terima kasih kepada ringgo sebab mentag nama saya. Terasa macam dapat Anugerah Bintang Popular la pulak. Yang bagusnnya dapatlah buat Post malam ini. Hehehe....

COPY AWARD INI MACAM DAPAT GRAMMY AWARD.
Dapat grammy award pun tak macam ni da, gambar Teddy Bear tu. So cute la kaum hawa kata. Apa - apa hal terima kasih daun keladi, kalau ada award lagi sudi - sudilah untuk memberi.

BERITAHU SAPA DAN LINK PEMBERI AWARD INI:-
- Award ini telah telah diberi oleh seorang blogger misteri, yang hanya dikenali dengan nama ringgo dari http://akuringgo.blogspot.com/

1. TAJUK POS KORANG MESTI ADA 5 - FIVE ..KENA JAWAP 10 SOALAN - DAN SETIAP 1 DENGAN 5 JAWAPAN.. :-
- Saya Kena Tag. Dapat Award! (cukup kut lima tajuk pos ni)

2. 5 NAME THAT PEOPLE CALL YOU:-
- Akuvision - nama pena di dalam berblogging
- Akudesign - nama pena di dalam reka grafik
- Daud - nama sebenar yang dipanggil oleh kawan - kawan dan keluarga
- Abang Daud - nama kawan - kawan panggil masa dekat Kolej Komuniti dulu
- Abang - adik - beradik yang lagi muda dari saya panggil

3. 5 IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE:-
- 04 November 1982 - Hari lahir saya
- 17 Febuari 2004 - Arwah ayah meninggal
- 16 Ogos 2004 - Arwah abang meninggal
- 03 Jun 2005 - Arwah ibu meninggal
- 31 Mac 2010 - Hari mula berblogging

4. 5 THING YOU DONE YESTERDAY:-
- Buat posting blog
- Buat blog walking dekat blog kawan - kawan
- Makan
- Mandi
- Tidur

5. FIVE WAYS TO BE HAPPY..
- Gembirakan hati orang lain
- Sentiasa tersenyum
_ Fikirkan sesuatu yang positif
- Ketawa
- Jangan dengki orang
- Berusaha untuk mencapi kejayaan

6. 5 FAVOURITES MOVIES:-
- Forest Gump
- You Got Mail
- When Harry Meet Sally
- Rocky series
- Diehard series
- Transformers

7. FAVOURATES HOBBIES:-
- Guitar Hero
- PS2
- Melayari Internet
- Game Komputer ( The Sims 3! )
- Masak
- Tengok filem

8. 5 FAVOURITE PLACES FOR VACATION:
- Tanah Suci
- Australia
- Korea
- Jepun
- China

9. 5 REASON YOU ANSWER THE SURVEY:-
- Sebab kena tag
- Sebab nak Award tu
- Sebab kena jawab kalau kena tag
- sebab kena jawab kalau nak award
- suka hati lah saya nak jawab..hehehehe

10. 5 PERSON TO TAG...
- lienasts di http://mylittleone-danish.blogspot.com/
- anastasyea di http://anastasyea.blogspot.com/
- mieran di http://www.mieran87.co.cc/
- nourul di http://calledmenourul.blogspot.com/
- aini di http://ceriteras.blogspot.com/

On Sabtu, 24 April 2010
1

Kenapa saya rasa seram sejuk tiba – tiba ni, oh tidak rupanya saya sudah kena tag dengan cik nourul kita ni. Kali pertama kena tag ni, ingatkan boleh elak rupa – rupanya terkena juga. Tapi suka juga rasanya, kira kehadiran saya di dunia blog ni ada juga yang sedari. Terima kasih buat kamu nourul.

Saya kena tag apa?, saya kena tag untuk menceritakan kisah sekeping gambar. Bak kata pepatah Inggeris “picture tell a thousands story”. Tapi mungkin gambar saya ini tidaklah beribu ceritanya, ianya hanya satu cerita yang agak sentimental. Sudah cukup panjang mukadimah post ini. Sebelum kita terus pada gambar, kita lihat dulu antara syarat – syaratnya iaitu:-

  • Pergi ke folder “My Pictures” atau dimana saja anda simpan fail – fail gambar, dan pilih folder ke – 8.
  • Pilih gambar ke – 8 dalam folder tersebut.
  • Buat post mengenai gambar itu berserta cerita disebaliknya.
  • Kemudian cabar atau tag 8 orang jurublog atau rakan blog untuk perkara yang sama.

Ok, itulah antara syarat – syarat yang telah saya ikuti dan hasilnya setelah menjelajah ke folder gambar di dalam komputer saya hasilnya adalah gambar ini:-

akuditag

Kisah disebalik gambar:-

Kalau tak silap saya gambar ini diambil semasa lawatan ke Muzium Negara di Kuala Lumpur. Gambar ini telah diimbas dari gambar filem, jadi kualiti kejelasannya agak kurang. Mereka yang ada di dalam gambar ini dari kiri gambar ialah adik perempuan saya Azlina (seorang jurublog juga), arwah ayah saya En. Aris (Al-Fatihah buat rohnya), adik perempuan bongsu saya bernama Rosnah (sedang menuntut di Australia), saya berbaju putih (gambar goku) sedang memangku adik sepupu saya dan yang kanan sekali arwah mak Pn. Siti Khatijah (Al-Fatihah buat rohnya).

Tamat sesi pengenalan watak didalam gambar, kembali pada ceritanya. Gambar diambil semasa saya berusia 12 tahun, masa tu cuti sekolah darjah 6 (1994) mak dengan ayah serta dua adik saya pergi ke Kuala Lumpur untuk makan angin. Pergi KL masa tu naik bas, kereta ada tapi arwah ayah tak berani nak bawa kereta kerana tidak biasa dengan jalan KL. Jadi kami semua berjalan dengan kereta Pak Su saya, jadi budak lelaki yang saya pangku di dalam gambar di atas adalah anak lelakinya.

Kami menumpang di rumah Pak Su selama tiga hari. Jalan – jalan pergi KL pun kami menaiki kereta Pak Su, seronok masa tu. Tidak silap saya ini adalah tempat pertama kami kunjungi iaitu Muzium Negara. Masuk percuma sebab, kurator Muzium kawan Pak Su saya, Selepas itu kami berkunjung ke Zoo Negara dan Tugu Negara. Saya rasa inilah kali pertama saya pergi KL dan jalan – jalan tempat begini dan kali pertama saya makan KFC (sehingga menjilat jari). Dapat berjalan di KL ni pun atas dasar ayah saya ada urusan di Jabatan Hal Ehwal Veteran Tentera, jadi ada kesempatan arwah ayah bawa kami sekali untuk makan – makan angin.

Satu yang kelakar pada gambar ini ialah, jika dilihat gambar wajah adik saya yang disebelah kiri sekali itu telah dihilangkan, nak tahu kenapa?. Ni kes gaduh adik – beradik masa kecil – kecil dululah. Dengki sana, dengki sini. Entah makhluk manalah yang sanggup buat gambar orang macam tu (adakah saya?, oh tidak?). Namun ini gambar yang menyimpan seribu memori manis bersama saya dengan kedua arwah orang tua saya. Betullah orang kata, gambar boleh menyimpan seribu cerita dalam perspektif yang berbeza.

Tamat bercerita tentang gambar dengan panjang berjela sampai orang pun mengantuk nak baca. Inilah namanya cerita syok sendiri. Sekarang masa yang saya tunggu – tunggu, tag 8 orang. Saya tag:-

  1. Liennasts
  2. Anastasyea
  3. Faheem
  4. HotMaMa
  5. ~ ALIEN ~
  6. MineMixs
  7. ziRaH
  8. sugar2 kapas strawberry
Kamu telah ditag oleh saya, apalagi mari berkongsi cerita!.

p/s:- terbalik sikit kata - kata, "don't love the player, love the game". Hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...