Salam ziarah, ada ura - ura mengatakan kereta MPV yang dikeluarkan oleh Proton Holdings Berhad iaitu Proton Exora akan diperkenalkan sebagai Teksi 1 Malaysia!, bertujuan untuk memperbaiki kualiti pengangkutan awam. Rasanya macam teksi kat Jerman pulak nanti, mesti luas! ( macam la pernah pergi Jerman, tengok dekat TV da ).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pihak kementerian telah melakukan perbincangan hal ini bersama Proton pada 6 April lalu dan merasakan Exora mampu memberi keselesaan pada penumpang.
Dalam masa yang sama Persona turut akan diperkenalkan sebagai teksi di masa akan datang!.
p/s:- Persona jadi teksi?, apa pendapat anda?
