Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label piala thomas. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label piala thomas. Papar semua catatan
On Jumaat, 14 Mei 2010
3

200px-ThomasCup

Anda bersedia untuk melihat perlawanan Piala Thomas sebentar lagi?, menjelang seawal pukul 7 malam ini mari kita ramai – ramai memberi sokongan padu buat pasukan badminton lelaki Malaysia. Tidak kiralah bagi anda yang akan berada di stadium atau yang akan menonton di rumah.

Pertemuan antara Malaysia dan China di peringkat separuh akhir dilihat sebagai anti klimaks kerana, pertemuan kali ini sebaiknya dilakukan paa peringkat akhir, namun percaturan cabutan undi pada peringkat kumpulan telah meletakkan Malaysia untuk menentang China di peringkat separuh akhir.

Memetik ulasan jurulatih China Li Yungbo, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi psikologi kerana bermain di tempat sendiri di samping jeritan padu dari penonton tempatan. Sebelum ini beliau menjangkakan bahawa China akan bertemu Denmark tetapi jangkaannya meleset sama sekali setelah melihat Malaysia menang keatas Denmark dengan agreget mata 3 – 2.

Masih mengekalkan barisan pemain yang berjaya mengalahkan Denmark dalam perlawanan yang cukup mendebarkan, diharap barisan mantap ini akan terus melakar sesuatu. Pastikan China tidak dapat meneruskan dominasi sebagai juara Piala Thomas empat kali berturut – turut. Jangan lupa menonton di TV1 atau Astro 801 Arena pada pukul 7.00 malam nanti!

p/s:- Mari semarakkan semangat 1 Malaysia, tapi jangan lupa sembahyang!.

On Jumaat, 7 Mei 2010
4

ThomasCup

Kejohanan Piala Thomas pasti akan menghangatkan suasana di Malaysia. Kejohanan yang di bawa semula di Malaysia dan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 9 - 16 Mei ini diharap akan memberi sesuatu impak yang positif buat Pasukan Badminton Negara untuk mencipta sesuatu. Namun bersediakah pasukan badminton negara kita melakar kejayaan dalam kejohanan kali ini sejak 1992?

chong wei

Dengan kegusaran Datuk Lee Chong Wei mengenai mentornya Datuk Misbun Sidek yang dilaporkan dijangkiti H1N1, dapatkah perseorangan utama lelaki ini memberi tumpuan penuh buat pasukan untuk menahan asakan tekanan pada setiap jadual perlawanan?, walaupun Datuk Misbun dijangka hanya terlepas perlawanan pertama. Namun kalau dilihat dari segi sejarah perjalanan kariernya ini bukan pertama kali Datuk Misbun tiada disisi.

Persoalan utama disini ialah dapatkah Malaysia mengulang kembali kejayaan yang dikecapi pada tahun 1992 ketika pasukan negara menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir dramatik yang pasti tidak dapat kita lupakan. Buat kamu yang masih belasan tahun mungkin tidak pernah menyaksikan perlawanan tersebut tapi biar saya tegaskan disini, semangat 'Malaysia Boleh' ketika itu begitu menebal. Melihat barisan pemain - pemain kita menjulang 'Piala Thomas' adalah satu kejayaan yang hadir dalam hati semua lapisan masyarakat Malaysia di ketika itu.

juara Piala Thomas 1992

Sejak itu, pelbagai semangat 'Malaysia Boleh' dapat dilihat melalui lakaran sejarah yang lain, kejayaan menawan puncak Everest misalnya dan kejayaan negara menganjurkan Sukan Komanwel pada tanggal 1998. Bukan saya katakan semangat itu sudah hilang, tetapi ianya dilihat seakan pudar dalam sukan badminton ini.

Ingin sekali saya lihat pasukan badmiton negara sekali lagi menjulang Piala Thomas, yang pasti ia bukan sahaja impian saya malah impian ini turut dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia. Mari kembali kita kibarkan semangat Malaysia Boleh yang sudah suram kibarannya!. Malaysia bakal memulakan kejohanan dengan menentang Nigeria ahad ini dalam saingan kumpulan B, mari serbu Bukit Jalil!. Apa pendapat anda, dapatkah Malaysia melakukan kejutan?, taip UNDI YA atau UNDI TIDAK dan hantar ke 32999 ( kantoi no AF ni ) dan saya pasti undi anda undi tidak sah. hahahaha

p/s:- Kembalikan semangat malaysia boleh, masa untuk bertandang depan TV!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...