Pernah atau tidak anda berjumpa dengan seseorang yang mempunyai peluh yang berlebihan?, contohnya tangannya sentiasa basah. Teringat saya pada seorang kawan semasa zaman sekolah dulu yang mengalami keadaan ini. Tahukah kamu ia juga merupakan satu gangguan kelenjar peluh yang diberi nama Hyperhidrosis atau dalam isilah BM ialah berpeluh secara berlebihan.
Ia berlaku pada kelenjar peluh kebanyakkannya pada sesetengah orang mungkin di celah jari kaki atau di bahagian bawah lengan. Mereka yang mengalami hyperhidrosis ini akan sentiasa berpeluh pada sebilang masa tidak kira pagi, petang atau malam dan yang tidak sedapnya peluh itu akan keluar dengan banyak!.
Sebab utama yang menyebabkan keadaan hyperhidrosis berlaku ialah, bahagian otak yang diberi nama hypothamalus yang mengawal fungsi peluh menghantar isyarat ke saraf peluh. Saraf ini adalah sebahagian dari sistem saraf simpatik yang terletak di bahagian rongga dada, dimana ia menyebabkan peluh terhasl dan dikeluarkan melalui kelenjar peluh. Bagi hyperhidrosis, kelenjar peluh melawan isyarat yang dihantar dari sistem saraf lalu mengeluarkan peluh dengan jumlah yang banyak.
Namun keadaan ini boleh dirawat, dan cara yang paling popular dan berkesan ialah melalui prosuder pembedahan yang diberi nama endoscopic thoracic sympathectomy atau singkatan ETS. Namun ianya mempunyai kesan sampingan dimana, akan berlaku 'compensatory sweating' pada peha, abdomen belakang dan juga kaki. Oleh sebab itu nasihat doktor perlu dirujuk sebelum melakukan sebarang rawatan kerana ada juga rawatan selain dari melakukan prosuder ETS.
