Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label new movie 2013. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label new movie 2013. Papar semua catatan
On Jumaat, 8 Februari 2013
3

1. Safe Haven

hr_Safe_Haven_59

Tarikh Keluar: 14 Febuari, 2013
Studio: Relativity Media
Pengarah: Lasse Hallström
Penulis Skrip: Dana Stevens 
Dibintangi Oleh: Josh Duhamel, Julianne Hough, David Lyons, Cobie Smulders
Genre: Drama

Sinopsis ringkas:

Sebuah filem genre "drama" yang mengisahkan tentang perit jerih seorang wanita untuk bercinta lagi. Filem ini berdasarkan dari sebuah novel karya Nicholas Spark yang berjudul "Safe Haven", dan penulis "best seller" ini juga merupakan penulis untuk novel "The Notebook" dan "Dear John", yang kedua -duanya diadaptasi ke dalam bentuk filem dan mendapat sambutan box-office.

Teaser:

 

2. Escape From Planet Earth

hr_Escape_From_Planet_Earth_2

Tarikh Keluar: 14 Febuari, 2013
Studio: The Weinstein Company
Pengarah: Cal Brunker 
Penulis Skrip: Cal Brunker, Bob Barlen, Tony Leech, Cory Edwards
Dibintangi Oleh: Jane Lynch, Craig Robinson, George Lopez, Sofia Vergara, Steve Zahn, Chris Parnell, Jonath Morgan Heit, James Corden, Brendan Fraser, Rob Corddry, Jessica Alba, Sarah Jessica Parker, William Shatner
Genre: Animasi, Komedi, Sains Fiksyen
Website Rasmi: EscapeEarthmovie.com | Facebook

Sinopsis ringkas:

Sebuah filem animasi 3D yang membawa penonton berimaginasi tentang kehidupan di planet lain di angkasa lepas, dimana angkasawan bernama Scorch Supernova ( bakat suara Brendan Fraser ) merupakan hero sanjungan bagi penghuni di Planet Baab.

Teaser:

 

3. Saving Linclon

hr_Saving_Lincoln_1

Tarikh Keluar: 15 Febuari, 2013
Studio: Saving Lincoln LLC
Pengarah: Salvador Litvak
Penulis Skrip: Cal Brunker, Bob Barlen, Tony Leech, Cory Edwards
Dibintangi Oleh: Tom Amandes, Lea Coco, Penelope Ann Miller, Creed Bratton, Saidah Arrika Ekulona, Josh Stamberg, Bruce Davison
Genre: Drama
Website Rasmi: SavingLincoln.com | Facebook

Sinopsis ringkas:

Berdasarkan kisah benar - semasa Abraham Lincoln diangkat sebagai President Amerika dan selepas cubaan pertama untuk membunuh beliau gagal - Ward Hill Lamon rakan baik kepada President melantik dirinya sendiri sebagai pengawal peribadi Lincoln, dan filem ini merupakan sebuah filem autobiografi yang berkisar tentang Ward Hill Lamon sendiri.

Teaser:

On Selasa, 15 Januari 2013
2

1. The Last Stand

hr_The_Last_Stand__1

Tarikh Keluar: 18 Januari, 2013
Studio: Lionsgate
Pengarah: Kim Jee Woon
Penulis Skrip: Andrew Knauer
Dibintangi Oleh: Arnold Schwarzenegger, Forest Whitaker, Johnny Knoxville, Rodrigo Santoro, Jaimie Alexander, Luis Guzmán, Eduardo Noriega, Peter Stormare, Zach Gilford, Genesis Rodriguez, Daniel Henney, John Patrick Amedori
Genre: Action
Website Rasmi: TheLastStandfilm.com | Facebook

Sinopsis ringkas:

Arnold kembali dengan filem aksi "The Last Stand", sebuah filem arahan pengarah dari Korea Selatan - Kim Jee Woon dan ini merupakan filem debut pengarah ini di Hollywood.

Selepas meninggalkan unit narkotik di LAPD, Sherif Ray Owen ( lakonan Arnold ) berpindah dari Los Angeles dan menetap di Sommertion Junction, sebuah bandar kecil tanpa banyak kejadian jenayah berlaku. Namun tanpa diduga penjenayah bernama Gabriel Cortez ( merupakan seorang ketua sindiket dadah terkemuka ) lolos dari jagaan FBI ketika dalam perjalanan berpindah dari satu penjara ke satu penjara yang lain.

Pada mulanya Sheriff Ray Owen mengambil sikap berdiam diri, namun apabila tiada pilihan Owen terpaksa melakukan seusuatu untuk menyelamatkan Sommertion Junction.

Teaser:

 

2. Broken City

hr_Broken_City_4

Tarikh Keluar: 18 Januari, 2013
Studio: 20th Century Fox
Pengarah: Allen Hughes
Penulis Skrip: Brian Tucker
Dibintangi Oleh: Mark Wahlberg, Russell Crowe, Catherine Zeta-Jones, Barry Pepper, Kyle Chandler
Genre: Drama, Thriller
Website Rasmi: BrokenCitymovie.com | Facebook | Twitter

Sinopsis ringkas:

Billy Taggart lakonan Mark Wahlberg merupakan seorang anggota polis New York yang mempunyai masa depan yang cerah. Namun tanpa diduga masa depan kerjayanya terjejas apabila Billy terlibat dalam satu kes kontroversi tembak menembak. Dia dilucut jawatan dari NYPD dan dengan bantuan dari Datuk Bandar New York ( lakonan Russel Crowe ), Billy menjadi penyiasat persendirian.Tetapi Datuk Bandar mempunyai agenda beliau tersendiri.

Teaser:

 

3. Mama

hr_Mama_15

Tarikh Keluar: 18 Januari, 2013
Studio: Universal Pictures
Pengarah: Andres Muschietti
Penulis Skrip: Neil Cross, Andy Muschietti, Barbara Muschietti
Dibintangi Oleh: Jessica Chastain, Nikolaj Coster-Waldau, Megan Charpentier, Isabelle Nellsse
Genre: Supernatural Thriller
Website Rasmi: Mamamovie.com

Sinopsis ringkas:

"Mama" merupakan sebuah filem seram yang mengisahkan tentang dua beradik yang hilang di hutan
pada hari ibu bapa mereka di bunuh. Apabila mereka diselamatkan selepas beberapa tahun oleh pakcik mereka dan memulakan kehidupan baru, sesuatu yang misteri datang menghantui.

Teaser:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...