Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label khasiat kurma di bulan puasa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label khasiat kurma di bulan puasa. Papar semua catatan
On Isnin, 16 Ogos 2010
13

771305_dates

Memulakan dengan memakan kurma ketika berbuka puasa merupakan Sunnah Nabi Muhammad SAW, dan kita sebagai umatnya sunat mengikut Sunnah Nabi Muhammad SAW. Kerana yang pasti setiap Sunnah Nabi Muhammad SAW itu ada hikmahnya. Menurut sudut nutrisi juga, buah kurma mempunyai khasiat yang tinggi dan baik untuk kesihatan tubuh kita.

Secara semulajadi, kurma dilihat mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu kurma turut mengandungi nutrisi yang lain seperti kalsium, sulfur, besi, magnesium, fosforus, potasium dan pelbagai lagi mikro nutrisi yang baik untuk tubuh. Secara zahirnya, kurma boleh diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk diet permakanan anda lagi - lagi di dalam bulan puasa sekarang.

497990_blind_date

Antara faedah kurma yang dapat saya himpunkan disini melalui carian di internet ialah seperti berikut:-

1. Kurma bagus untuk membekalkan tenaga dan untuk mengembalikan tenaga buat tubuh melalui kandungan serat dan gula semulajadinya. Maka ia bagus untuk anda yang berpuasa, malah untuk anda yang ingin berdiet juga.

2. Kajian ada menunjukkan kurma dapat mencegah anda dari kanser perut, dan ia juga bagus untuk mereka yang lemah jantung.

3. Susu dan kurma adalah gabungan yang bagus anda kerana kandungan kedua- dua sifat nutrisinya terutama ketika anda dalam proses penyembuhan dari sakit atau pembedahan. ( Kurma direbus bersama air susu ).

4. Kandungan nicotinic yang terkandung dalam kurma menjadikan ianya penawar yang bagus untuk penyakit gangguan usus, dan juga pengambilan kurma yang selalu menampakkan pertumbuhan bakteria baik untuk kesihatan usus.

5. Kurma turut baik untuk anda yang mengalami sembelit.

salah_satu_leaflet_kampanye_inminds_100809174901

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...