Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label kedutaan malaysia di terjah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kedutaan malaysia di terjah. Papar semua catatan
On Ahad, 5 September 2010
10

blackberry

Menteri Komunikasi dan Teknologi Indonesia Tifatul Sembiring memberi amaran kepada pengeluar telefon pintar Blackberry iaitu RIM ( Research In Motion ) untuk menghalang capaian laman – laman sesawang pornografi melalui telefon pintar Blackberry, jika tidak kerajaan Indonesia akan megambil tindakan untuk mengharamkan penggunaan telefon pintar Blackberry di negara tersebut.

Menurut menteri itu lagi, pengharaman capaian ke laman – laman pornografi melalui internet adalah berkait dengan undang – undang anti-pornografi Indonesia 2008, dan dilihat kemudahan yang disediakan oleh telefon pintar Blackberry telah melanggar perlaksanaan undang – undang tersebut.

tifatul “Menteri Komunikasi dan Teknologi Indonesia, Tifatul Sembiring”

Dalam hal yang berlainan, menteri Tifatul Sembiring turut meminta pengguna siber di Indonesia dan Malaysia untuk menghentikan perbalahan mereka di internet berkaitan dengan isu panas yang sedang berbangkit sekarang. Isu pembakaran bendera Malaysia iaitu Jalur Gemilang telah cukup untuk menjejaskan hubungan baik dua negara serantau ini.

Katanya lagi, pengguna siber seperti blogger dan komuniti aktif di laman sosial seperti Facebook haruslah mengambil peluang untuk meredakan situasi yang berlaku dan bukannya memburukkan lagi keadaan yang sudah nyata tegang.

indonesia “Demonstrasi di Kedutaan Malaysia”

Perihal perbalahan antara dua negara yang berjiran ini berlaku adalah bermula apabila pegawai Maritim dan Perikanan Indonesia menahan 7 nelayan warga Malaysia yang menceroboh ke perairan Indonesia sementara itu Polis Marin Malaysia menahan pula tiga pegawai mereka kerana mendakwa mereka memasuki perairan Malaysia secara tanpa izin ( haram ), kedua – dua kejadian ini berlaku di sekitar perairan negeri Johor beberapa minggu lalu. Sebelum ini kedua – dua negara ini sudah berbalah apabila isu asal – usul tarian pandet di persoalkan.

p/s:- BIla Malaysia nak selaraskan Internet Toyibbah ke seluruh negara?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...