Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label kato. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kato. Papar semua catatan
On Jumaat, 6 Ogos 2010
7

The Green Hornet ( 2011 )

The Green Hornet yang amat popular pada lewat tahun 60 an akan dibawa semula menemui peminat awal tahun depan. Jika anda ingin tahu, filem yang diadapatasi dari siri TV The Green Hornet dan komik ini sebelum ini pernah dilakonkan oleh Bruce Lee dan ianya adalah lakonan pertama mendiang Bruce Lee di Hollywood, namun hanya sebagai watak Kato iaitu pembantu kepada Green Hornet ( Britt Reid ) yang dilakonkan oleh pelakon veteran Van Williams.

The Green Hornet menampilkan nama bintang - bintang besar seperti Seth Rogen, Jay Chou, dan Cameron Diaz. Sebelum ini nama - nama besar seperti Jet Li dan Stephen Chow pernah disebut - sebut untuk memegang watak Kato sementara Jake Gyllenhal pernah disebut untuk memegang watak Green Hornet, namun itu adalah ketika masih dalam proses pemilihan pelakon. Pemilihan Seth Rogen sebagai watak utama dalam filem ini pasti meletakkan filem ini dalam genre komedi-aksi, malah untuk filem ini Seth Rogen tampil sedikit kurus untuk memegang watak Green Hornet!. Sementara itu, bagi Jay Chou filem ini membuka pintu untuknya terjun ke dunia Hollywood.

Green Hornet and Kato

Seth Rogen and Jay Chou

The Green Hornet mendapat sentuhan sutradara Michel Grondy yang sebelum ini pernah mengarah filem Be Kind Rewind ( 2008 ), sementara itu Seth Rogen sendiri dan Evan Goldbery bertindak sebagai penulis skrip. Filem ini diterbitkan oleh Columbia Pictures ( Sony ) dan akan ditayangkan pada 14 Januari 2011 dalam format biasa dan 3D.

Untuk melihat keterangan filem ini dengan lebih dekat, anda boleh terus ke laman sesawang utamanya di link ini The Green Hornet, atau anda boleh klik di mana - mana imej gambar yang disertakan di post ini. Untuk melihat trailer anda boleh lihat video dari laman Youtube di bawah ini.



p/s:- Hornet di dalam Bahasa Malaysia ialah penyengat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...