Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label johnny depp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label johnny depp. Papar semua catatan
On Sabtu, 1 Januari 2011
6

Untuk memulakan post pertama pada tahun 2011, saya ( akuvision ) ingin berkongsi maklumat megenai filem – filem yang dijangka mendapat sambutan pada tahun ini. Untuk permulaan ini adalah siri satu kerana kalau nak dimuatkan dalam satu post memang memakan banyak ruang.

Siri – siri ini akan di kelaskan dalam beberapa kategori genre, dan untuk siri pertama ini mari kita lihat filem – filem dalam genre animasi kerana ia adalah genre kegemaran saya selain dari comedy dan romantic comedy. ( Maaf, semua filem yang terkandung datangnya dari Hollywood, untuk Malaywood kita tunggu nanti! ).

Filem – filem animasi tersebut ialah:-

kung fu panda 2

1. THE KUNG FU PANDA 2

Tarikh Tayangan dijangka ;- 26 Mei 2011

Bakat suara oleh :-

Jack Black, Angelina Jolie, Jackie Chan, Seth Rogen, Dustin Hoffman, Lucy Liu

rango

2. RANGO

Tarikh tayangan dijangka ;- 14 Mac 2011

Bakat suara oleh :-

Johnny Depp, Isla Fisher, Timothy

hop

3. HOP

Tarikh tayangan dijangka ;- 1 April 2011

Bakat suara oleh :- Russel Brand

cars 2

4. CARS 2

Tarikh tayangan dijangka ;- 24 Jun 2011

Bakat suara oleh :-

Owen Wilson, Michael Caine, Michael Keaton

rio

5. RIO

Tarikh tayangan dijangka ;- 14 April 2011

Bakat suara oleh :-

Jesse Eisenberg, Anne Hathaway, George Lopez

gnomeo and juliet

6. GNOMEO AND JULIET

Tarikh tayangan dijangka ;- 11 Februari 2011

Bakat suara oleh :-

James McAvoy, Emily Blunt, Maggie Smith

puss in boots

7. PUSS IN BOOTS

Tarikh tayangan dijangka ;- 4 November 2011

Bakat suara oleh :-

Antonio Banderas, Salma Hayek, Zach Galfianakis

Bersambung……

p/s :- Tak ketinggalan juga ucapan Selamat Tahun Baru 2011!

On Khamis, 29 April 2010
3

depp-sparrow
Pirates of the Caribbean : The Strangers Tides adalah sekuel Pirates of the Caribbean yang keempat, masih mengekalkan Johnny Depp sebagai Kapten Jack Sparrow. Lautan Carribean akan kembali gelora dengan gelagat - gelagat lanun melanun!.
Filem terbaru ini akan membawa jalan cerita berdasarkan buku On Stranger Tides, yang ditulis oleh Tim Powers. Tiada lagi watak lakonan Keira Knightly dan Orlando Bloom, tetapi masih mengekalkan Geoffrey Rush sebagai Kapten Barbossa dan memperkenalkan bintang baru yang menyertai filem sekuel ini iaitu Ian McShane (44 Inch Chest) sebagai watak jahat iaitu Blackbeard serta Penolope Cruz (Bandidas) sebagai anak perempuan kepada Blackbeard.
Antara plot utama sekuel kali ini ialah, bersambung dari filem sebelumnya Jack Sparrow dalam usaha mencari Fountain of Youth. Pada masa yang sama musuh terbaru, Blackbeard turut mempunyai tujuan yang sama dengan Jack Sparrow, maka tercetuslah konflik baru untuk filem sekuel ini nanti. Filem ini turut difilemkan di Hawaii.
Masih lagi dalam produksi dan dijangka akan ditayang musim panas 2011 di Amerika Syarikat, jadi tiada lagi trailer yang dikeluarkan. Cuma yang ada imej iklan di bawah ini.

Pirates_of_the_Caribbean _On_Stranger_Tides_1

p/s:- Lanun yang paling kaya ialah lanun cetak rompak. hehehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...