Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label hipokrit. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hipokrit. Papar semua catatan
On Sabtu, 22 Mei 2010
25

bodek

Agak terkejut pagi ini apabila membuka blog dan mendapat mesej di shoutmix mengenai saya mendapat awards dan gelaran terbaru. Dalam tempoh dua bulan menulis blog ini, buat pertama kali saya akuvision aka av digelar sebagai seorang blogger hipokrit oleh seorang blogger misteri.

Tidak perlu saya letakkan nama dan link blog tersebut kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku, malah ia melanggari pendirian saya sendiri untuk mengaibkan orang lain. Mungkin ada yang mengetahui melalui blog walking pada hari ini, saya tidak boleh berkata apa kerana blog adalah hak individu.

Saya dituduh hipokrit kerana membuat komen di entry dua blog yang berbeza. Untuk pengetahuan umum, ini adalah kali pertama saya masuk ke dua buah blog ini malah saya tidak pernah memberi komen serta menjadi follower kepada kedua - dua pihak. Lihat paparan komentar yang saya tuliskan di dalam kedua blog ini:-

sindiran-satu

sindiran-dua

Untuk pengetahuan yang memberi gelaran hipokrit ini, saya tidak kuasa untuk membodek ke dua - dua pihak. Untuk penjelasan, komen yang pertama ditulis hanyalah sindiran buat pemilik blog, sindiran sarkastik yang hanya ingin membuat si pemilik blog berfikir.

Manakala komen pada blog yang kedua pula ( sekali lagi untuk peringatan, ini adalah kali pertama saya masuk ke blog ini dan membuat komen serta tidak pernah menjadi follower ) lebih kepada pertanyaan, apakah yang menyebabkan blog beliau dikutuk dalam sesetengah blog dan menasihati dalam nada pertanyaan "tidak bolehkah
berblog dengan aman damai diorang ni?".

Sebagai blogger baru, saya tidak pernah ambil kisah dengan pertelingkahan kedua belah pihak ini dan jauh sekali untuk menjadi pembodek lalu dituduh sebagai hipokrit. Sekali lagi diingatkan komentar yang saya lontarkan hanyalah sekadar sindirian, cuma mungkin si pemilik blog tersalah duga sebagai pembodek talam dua muka. Minta maaf jika ada yang terasa.

p/s:- Agak – agak pungguk rindukan bulan tak malam ni? hahaha. Tapi yang pasti saya dapat backlink percuma di main frame blog yang memberi awards hipokrit tersebut.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...