Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label hari guru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hari guru. Papar semua catatan
On Ahad, 16 Mei 2010
9

5.Hari Guru Peringkat Negeri Perlis Dirasmikan Raja Muda Perlis sambil diperhatikan Menteri Besar Perlis dan Pengarah Pelajaran Perlis.

Sambutan Hari Guru jatuh pada hari ini iaitu 16 Mei, Signifikan tarikh ini dipilih kerana pada hari ini di tahun 1956 Majlis Undang - Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi Persekutuan Tanah Melayu diketika itu ( rujukan dari www.moe.gov.my ).

Bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" pada tahun 2010 ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari guru buat semua guru - guru di Malaysia yang tidak jemu - jemu mengajar anak bangsa untuk menjadi seorang yang lebih baik pada masa akan datang.

Hari guru yang disambut mempunyai objektifnya yang tersendiri, antara yang diperolehi di laman sesawang www.moe.gov.my ialah mengangkat martabat dan peranan guru dalam pembinaan negara bangsa termasuklah dari istilah perpaduan dan integrasi. Keduanya untuk membuka mata masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar bahawasanya peranan guru besar jasanya. Itu antara objektif yang diintegrasikan dalam post saya ini, untuk objektif selanjutnya anda boleh layari laman utamanya.

Tanpa guru yang membentuk, tidak akan wujud para pemimpin, para pemikir dan masyrakat yang dapat menyumbang pada pembangunan negara. buat mereka yang bergelar guru, terima kasih kepada anda, bak kata pepatah "guru umpama lilin yang membakar diri", dirikan satu lilin di lapangan yang gelap biar cahayanya menerangi ruang.

Sekali lagi, selamat hari guru buat mereka yang bergelar guru!.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...