Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label dinpattern. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dinpattern. Papar semua catatan
On Sabtu, 2 Oktober 2010
10

PATTERNPILIHAN

Salah satu pengalaman yang penting dalam membuat template laman sesawang khususnya blog bagi saya, adalah mencari corak atau “pattern” untuk latar belakang blog. Sesetengah dari anda lebih suka untuk meletakkan kertas dinding atau “wallpaper”, namun bagi saya lebih senang menggunakan “pattern”.

Disini saya akan sertakan antara 4 pautan laman sesawang yang sering saya kunjungi untuk mencari “pattern”. Setiap laman sesawang menyediakan “pattern” yang menarik dan yang bagusnya setiap satu dari 4 laman sesawang ini mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri. Laman – laman sesawang tersebut ialah:-

DINPATTERN.COM

din-pattern

Laman utama saya dalam mencari “pattern” ialah dinpattern.com, dan pautan untuk ke laman ini ialah www.dinpattern.com. Laman ini bukan sahaja kemas dengan susunan pilihan “pattern”, malah ia menyediakan “pattern” yang menarik dan anda boleh preview terlebih dahulu sebelum memuat turun.

Secara jujur saya sendiri menggunakan “pattern” yang di muat turun dari laman ini, untuk melihat contoh pratonton ( preview ) “pattern” di laman blog ini lihat rangkaian imej contoh di bawah.

pattern-din-1“Klik pada preview di bawah pattern pilihan anda”

pattern-din-2 “Secara automatik pattern tersebut dipaparkan pada bakcground dinpattern.com”

Jika anda bersedia untuk muat turun “pattern”, klik pada “details” dan mulakan muat turun. Selain itu laman sesawang dinpattern.com turut menyediakan pautan untuk ke laman sesawang yang menyediakan servis untuk melakukan “pattern” terhadap gajet anda khususnya produk – produk Apple seperti Iphone dan Ipad.

Untuk ke laman dinpattern.com, klik pada pautan ini DINPATTERN.COM

AVA7PATTERNS

ava7patterns

Laman kedua yang menjadi pilihan saya ialah ava7patterns yang terletak di pautan ini patterns.ava7.com. Paparan laman sesawang yang simple dan boleh dikategorikan cute, ava7patterns menyediakan pilihan – pilihan yang menarik tetapi simple. Tidak terlalu menonjol dan tidak terlalu tenggelam.

Apa yang menariknya, laman ava7patterns menyediakan shortcuts yang memudahkan carian “pattern” anda berdasarkan (1) warna dan (2) corak pilihan, (3) most downloads dan (4) most comments, seperti imej di bawah ini. Memang memudahkan!.

ava7patterns-2 “Paparan carian untuk ava7patterns”

Untuk ke laman sesawang ini, klik pada pautan ini AVA7PATTERNS.COM.

KALIBER1000

kaliber1000

Satu lagi laman yang menjadi pilihan saya ialah kaliber1000. Kebanyankkan “pattern” yang sediakan begitu unik dan menggunakan teknik pixeled. Kelebihan yang disediakan oleh “pattern” di laman kaliber1000 ini ialah saiznya yang lebih kecil dan membantu dalam sela masa membuka laman blog anda.

Untuk ke laman ini klik pada pautan ini KALIBER1000.COM atau pada imej diatas.

EVERYDAYICONS

everydayicons

Laman “pattern” yang comel ini asalnya dari Jepun dan beralamat di url everydayicons.jp. Laman everydayicons ini mempunyai antaramuka dwibahasa yang memudahkan anda dalam mencari “pattern” pilihan. Malah pilihan “patten” yang di sediakan tidak kurang hebatnya ( lihat paparan di bawah ).

everydayicons-pattern“Everydayicons pattern page”

Selain “pattern”, laman ini turut menyediakan muat turun wallpaper dan icon untuk anda. Paparan yang simple menyelesakan mata untuk melayarinya. Untuk ke laman ini klik pada pautan ini EVERYDAYICONS.JP atau imej diatas. Laman ini adalah kepunyaan Shinya Inamura.

everydayicons-icon “Eveydayicons icon page”

everydayicons-wallpaper“Everydayicons wallpaper page”

p/s:- Anda ada laman sesawang untuk carian “pattern” pilihan"?, kongsikan disini jika tidak keberatan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...