Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label cooliris gallery widget. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cooliris gallery widget. Papar semua catatan
On Selasa, 3 Ogos 2010
18

Cooliris Demo

Cooliris Gallery Widget / Viewer, merupakan satu – satunya widget yang menarik minat saya. Anda boleh lihat bertapa canggihnya dan mudahnya menggunakan Cooliris Widget ini terutamanya pada anda yang ingin memaparkan beberapa siri gambar dalam sesuatu masa ( contoh demo adalah seperti di atas ). Contohnya gambar anda pergi ke kenduri kahwin rakan dan ingin berkongsinya di laman blog anda.

cooliris-mainpage

Apa yang menariknya, ia tidak terhad pada paparan gambar tetapi Cooliris turut boleh memaparkan galeri video. Untuk menggunakan Cooliris ini anda perlulah ada akaun di Picasaweb, Facebook, Youtube atau Flickr, untung pada pengguna blogspot kerana secara automatiknya anda telah mempunyai akaun Picasaweb ( untuk disertakan ke dalam Cooliris anda perlulah jadikan album gambar tersebut untuk tontonan public / umum pada status privacy ).

Cooliris juga boleh di muat turun dan diintegrasikan dengan pelayar web anda, tidak kiralah jika anda menggunakan Google Chrome, Mozilla Firefox, Apple Safari dan Microsoft Internet Explorer kerana Cooliris dibangunan secara sumber terbuka ( open source ) dan ianya percuma. Lihat siri paparan imej untuk screenshot dari pelayar web Mozilla Firefox yang saya gunakan. Selain itu bagi anda yang mempunyai iPhone atau Nexus One, ia turut boleh dimuat turun untuk digunakan.

cooliris-google-images“Google Images Search Result Using Cooliris”

cooliris-youtube-videos“Youtube Videos Search Result Using Cooliris”

Selain Google Images dan Youtube Videos, ada juga Channel carian lain yang disediakan. Anda boleh lihat sendiri dengan mengintegrasikan Cooliris ke pelayar web kegemaran anda. Berminat untuk menggunakan Cooliris?, anda boleh melayari laman sesawangnya dari pautan dibawah ini untuk mengetahui cara dan kaedah menggunakannya:-

COOLIRIS GALLERY WIDGET | TURN YOUR WALL TO 3D!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...