Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label buah labu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buah labu. Papar semua catatan
On Sabtu, 10 Julai 2010
11

labu

Labu yang pada dasarnya dikenali sebagai buah, kini telah dianggap sebagai sayur. Labu tergolong dalam kategori tetimun yang sering dijadikan antara yang diminati dalam masakan melayu, terutamanya masak lemak dan dimakan dengan nasi panas dan dibalas dengan ikan kering masin goreng. Memang menyelerakan!. Mari kita lihat serba sedikit mengenai khasiat labu.

Labu kaya dengan nutrisi seperti alpha-karotin, beta-karotin, serat, vitamin C dan E, magnesium, potasium dan asid pantotenik yang bagus untuk melawat penyakit serta labu rendah kalori dan lemak. Alpha-karotin dan beta-karotin adalah antioksida yang penting, dan ianya adalah pro-vitamin A karotenoid yang bagus untuk kesihatan mata dan memastikan fungsi imun berada pada tahap yang bagus.

1089296_pumpkins

Manakala beta-karotin dapat memperbaiki kerosakan kulit yang diakibatkan oleh matahari. Selain itu kandungan antioksida ini turut melanbatkan proses penuaan dan mengurangkan risiko pembentukan katarak pada mata dan dapat mencegah pertumbuhan tumor.

vitamin C yang terkandung dalam labu juga bagus untuk imun tubuh dan juga mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, serangan penyakit jantung dan mengawala tahap kolestrol tubuh. Vitamin E yang terkandung pula memelihara kesihatan kulit dan juga boleh mengurangkan risiko nyanyuk dan penyakit kronik lain seperti kanser.

1061865_pumpkin_5

Dari segi kandungan potasium labu, ianya dapat mengimbangi cecair dalam tubuh, memperkuatkan tulang dan juga baik untuk penghasilan tenaga dan juga mengawal tekanan darah. Kandungan magnesium labu pula membantu dalam memperbaik fungsi jantung, manakalan asid pantotenik mengimbangi tahap hormon dan baik untuk mengawal stress tubuh. Malah biji labu itu sendiri mengandungi vitamin E, omega-6 dan omega-3.

p/s:- khasiat labu dah tulis, lepas ni nak tulis khasiat labi la pulak!, hehehehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...