Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label banned facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label banned facebook. Papar semua catatan
On Jumaat, 28 Mei 2010
7

facebook ban

Salam ziarah petang Jumaat yang mulia ini buat rakan blogger, sebelum ini saya ada membuat post mengenai halangan akses internet di Pakistan daripada memasuki dua buah laman sesawang yang menyediakan platform untuk hari “Draw Muhammad Day” iaitu laman Facebook dan Youtube.

Mengikut artikel berita yang lepas, tempoh halangan akses hanya sampai 31 Mei ini namun mengikut tinjauan pendapat orang ramai di Pakistan, hampir 70% dari mereka menyokong tindakan untuk halangan akses kekal kepada laman sesawang Facebook manakala 15% tidak bersetuju.

Untuk rekod, beribu individu di Pakistan telah mengeluarkan laporan pada laman sesawang Facebook melalui prosuder untuk membuang maklumat mengenai hari “Draw Muhammad Day” namun tiada tindakan diambil tetapi sebelum ini Facebook hanya mengambil masa 20 minit untuk memadam maklumat di Facebook mengenai artikel mengutuk Yahudi.

facebook ban1

p/s:- Artikel ini diolah dari laman sesawang indiatimes.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...