Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label abu mayat datuk sosilawati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label abu mayat datuk sosilawati. Papar semua catatan
On Isnin, 13 September 2010
20

sosilawati lawiya

Berita kehilangan dan kejadian yang menimpa pada Datuk Sosilawati Lawiya yang juga merupakan pengasas bagi produk kecantikan Nouveau Visage  ( dan bekas isteri kepada penyanyi terkenal Nash ) bersama tiga yang lainnya sudah terpampang di dada utama akhbar tempatan hampir 2 minggu dan semalam berita klimaks kehilangan pengasas produk tersohor ini berakhir dengan kematian.

Berita yang menggemparkan Malaysia ini turut di rasai oleh media – media luar negara, dan mengikut kenyataan akhbar – akhbar tempatan mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dibakar dan abunya dihanyutkan ke arus sungai di sekitar Ladang Gadong di Morib. Turut difahamkan kawasan tanah ladang yang digunakan adalah milik salah seorang dari lapan suspek yang ditahan setakat ini dimana individu tersebut seorang peguam yang bergelar Datuk.

Mengikut kronologi kejadian yang berlaku, kejadian yang berlaku ini berikutan dari perselisihan dalam soal jual beli tanah milik peguam yang bergelar Datuk tersebut, dan difahamkan duit RM 4 juta yang dibawa oleh Datuk Sosilawati Lawiya turut lesap.

Mengikut tinjauan forensik yang dilakukan oleh pihak polis dan yang dilaporkan oleh BERNAMA mayat Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lainnya dibakar dengan kaedah tradisional yang digunakan di negara India iaitu dibakar dengan menggunakan najis lembu dan pemangkin petrol.

Ini adalah kerana bahan biojisim yang dihasilkan oleh lembu ini dapat menukarkan mayat manusia yang dibakar kepada abu hanya dalam masa sekitar 30 minit ke satu jam. Caranya ialah dengan meletakkan najis lembu pada tubuh mayat dan di renjiskan dengan minyak petrol, dan kemudian api dinyalakan.

Untuk rekod abu mayat tiga individu lain yang turut terlibat dalam kejadian Datuk Sosilawati Lawiya ini adalah pembantu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Kamaruddin Shamsudin berumur 44 tahun,seorang pegawai Bank CIMB iaitu Noorhisham Mohammad berumur 38 tahun dan seorang peguam peribadi Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Ahmad Kamil Abdul Karim berumur 32 tahun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...