Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label Ketua Menteri Melaka. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua Menteri Melaka. Papar semua catatan
On Isnin, 31 Mei 2010
6

ali_rustam_isteri_new

Lewat petang tadi saya terbaca satu kenyataan berita di internet yang menyatakan kerajaan Malaysia secara rasmi mempertahan tindakan sebuah syarikat penyelidikan India untuk membangunkan makmal perubatan yang melakukan eksperimen terhadap haiwan.

Syarikat tersebut yang dikenali dengan nama Vivo BioTech Ltd yang berasal dari India akan membina sebuah pusat bioteknologi yang berpusat di selatan Melaka. Tindakan syarikat ini telah mendapat bantahan dari aktivis haiwan kerana Vivo BioTech Ltd akan melakukan ujian terhadap anjing dan primat untuk membuat ubat.

Ketua Menteri Melaka sendiri, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam berkata syarikat India tersebut telah mendapat lampu hijau untuk membangunkan fasiliti tersebut dan ujian terhadap haiwan untuk tujuan perubatan adalah perlu. Namun aktivis haiwan berkata, Malaysia tiada undang - undang terhadap penyelidikan perubatan terhadap haiwan dan ini mungkin akan membawa kepada penderaan.

Ketua Menteri Melaka turut membuat kenyataan bahawa Tuhan menciptakan haiwan untuk memberi faedah kepada manusia, sebab itulah kebanyakkan penyelidik perubatan menggunakan haiwan seperti tikus dan monyet untuk mencuba ubat baru kerana kalau di beri pada manusia mungkin memberi kemudaratan kerana ubat tersebut masih dalam peringkat percubaan.

Syarikat dari India tersebut berkerjasama dengan sebuah syarikat tempatan yang dimiliki oleh kerajaan negeri Melaka iaitu Melaka Biotech Holdings dan firma tempatan yang lain iaitu Vanguard Creative Technologies dengan suntikan modal sebanyak RM450 juta.

Untuk rekod, pada tahun lepas sebuah syarikat penyelidikan perubatan Peranchis ingin melakukan perkara yang sama di negeri Johor tetapi ianya dibatalkan atas desakan dari kumpulan pecinta alam sekitar.

Apa pandangan anda, adakah langkah ini wajar kerana ianya akan memberi faedah kepada manusia di kemudian hari. Namun adakah ianya sesuatu yang berperikemanusiaan?

On Sabtu, 29 Mei 2010
4

logo sukan sukma ke 13 melaka

Masa berkunjung ke Melaka hujung minggu lepas, mata saya tertarik melihat iklan di sepanjang jalan mengenai Sukan SUKMA ke 13 yang akan diadakan bulan depan di negeri Melaka sendiri. Signifikan dengan artikel berita yang saya baca hari ini, dimana pihak penganjur Sukan SUKMA ke 13 masih memerlukan 1000 sukarelawan untuk melancarkan perjalanan Sukan SUKMA ke 13 itu nanti.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, setakat ini hanya terdapat 2500 individu mendaftar sebagai sukarelawan untuk Sukan SUKMA ke 13 itu nanti. Ketua Menteri Melaka sendiri berharap ada lagi individu yang akan tampil menawarkan diri sebagai sukralewan.

Ketua Menteri Melaka itu turut menyeru agar pihak majikan bagi individu yang menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk memberi perlepasan cuti. Bagi individu yang memohon menjadi sukarelawan, mereka akan diberi insentif dengan bayaran elaun harian RM30 dan juga termasuk insentif dari segi makanan dan juga pakaian( berbaloi ni! ) sepanjang tempoh Sukan SUKMA ke 13 itu berlangsung nanti.

Maklumat lanjut mengenai sukarelawan ini boleh diperolehi melalui Seketeriat Sukma yang bertempat di Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka. Untuk rekod Sukan SUKMA ke 13 akan berlangsung pada 10 – 19 Jun 2010.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sukan SUKMA ke 13 ini layari laman sesawang utamanya di link ini www.sukma2010.com.my.

maskot sukan sukma ke 13 melaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...