Dalam cuaca yang serba tak kena sekarang, waktu pagi pun dah boleh terasa panas bahang matahari. Kalaulah dapat minum air tembikai, aduh nikmatnya.
Tembikai bukan sekadar buah biasa, ianya adalah buat yang kaya dengan air dan paling penting ia turut mempunyai khasiat lainnya.
Kebanyakan tembikai kaya dengan potassium yang berfungsi untuk mengawal tekanan darah, mengekalkan denyut jantung, dimana ianya bagus untuk pada kiraan yang normal dan mempunyai kemungkinan untuk mencegah strok.
Diet pemakanan yang kaya dengan potassium dapat menghalang garam dari menyebabkan tekanan darah naik dan juga mengurangkan risiko pembentukan batu karang serta kekuatan tulang. Mengikut kajian kesihatan, manusia dewasa memerlukan sekurangnya 4700 miligram sehari potassium.
Tembikai juga dilihat kaya dengan vitamin c yang mana ia hadir sebagai antioksida dan beta-karotin. Penyelidik beranggapan beta-karotin berupaya untuk mencegah sakit jantung, kanser dan penyakit kronik yang lain. Bolehlah dianggap tembikai sebagai sumber nutrisi yang bagus.
Malah tembikai juga diangkat sebagai sumber untuk memperolehi lycopene, iaitu salah satu karotenoid yang mana ia baik dalam proses untuk mengurangkan risiko kanser prostat, payudara, endometrium. paru - paru dan usus.
p/s:- Aduh, tiba - tiba ngidam nak makan tembikai pulak ni!.
