Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label aktiviti hari ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti hari ibu. Papar semua catatan
On Ahad, 9 Mei 2010
6

Assalamualaikum dan selamat pagi buat anda, tak lupa Selamat Hari Ibu buat ibu – ibu di dunia. Sedikit santai hari ini, sempena dengan hari ibu saya hidangkan anda dengan lagu dari Eddy Solitonga – Syurga di Telapak Kaki Ibu ini. Hayatinya dan sekali lagi Selamat Hari Ibu:-

p'/s:- Ingat, kasihnya ibu membawa ke syurga, semat dalam jiwa, tekad dalam hati, kenangi jasa ibu kamu selamanya!.

On Sabtu, 8 Mei 2010
6

Assalamualaikum dan selamat sejahtera malam ini, post malam ini berkaitan dengan Hari Ibu akan disambut esok. Jadi mesti yang tengah fikir nak buat post mengenai Hari Ibu, termasuklah saya. Kali ini saya kena tag lagi, tapi tag ni istimewa kerana ia merupakan tag Hari Ibu. Tag ini diberikan oleh sis Adia, terima kasih buat kamu Adia. Katanya nak tengok soft spot lelaki, tu yang dapat tag tu.

Tag ini melibatkan tiga perkara iaitu:-

Letakkan gambar anda bersama ibu anda dan ceritakan apa yang berlaku dalam gambar ni.

Oleh kerana mesin scan rosak, tak dapat nak upload gambar saya bersama arwah ibu, cuma ada gambar arwah ibu saya bersama arwah ayah. Gambarnya dibawah ini:-

ibu

Gambar ini diambil tak pasti masa bila, masa ini arwah ibu saya sudah hampir 2 tahun lebih menghidap sakit barah paru – paru. Budak kecil yang diribanya itu bukanlah saya tetapi anak buah sulung perempuan saya iaitu anak kepada kak long saya. Tak banyak cerita mengenai gambar ini, ia hanyalah sebagai tanda ingatan saya kepada arwah ibu selain doa yang dipanjatkan oleh saya setiap masa.

Ucapan mother's day

Dimulakan dengan salam sayang buat semua mereka yang bergelar ibu bukan sahaja di Malaysia malah didunia amnya. Kita sebagai harus mengambil kesempatan hari yang istimewa ini untuk terus menghargai jasa – jasa mereka. Ingat syukur itu di bawah telapak kaki ibu. Bagi mereka yang sudah kehilangan ibu, ambil kesempatan masa untuk memanjatkan doa dan menyedekahkan Al – Fatihah buat mereka.

Saya bukan seorang penulis yang baik, maaf jika ucapan ini terlalu ringkas kerana bagi saya kita bukan menghargai ibu kita pada hari istimewa ini sahaja kerana hari – hari bagi saya kita harus menghargai mereka. Tanpa mereka yang melahirkan kita siapalah kita diatas muka bumi Allah ini.

Sekali lagi Selamat Hari Ibu buat mereka yang bergelar ibu dan yang bakal bergelar!. Sekian terima kasih.

Tag orang lain

Siapa nak kena tag?, angkat tangan. Seorang pun takde?, oklah kalau macam tu saya pilih secara rawak. Dan yang terpilih ialah:-

Encik Tikus

Sugar2 kapas strawberry

Liennasts

p/s:- siapa yang mahu?, tulis nama kat komentar. Jangan segan – segan ye?hehehehe

On
3

mother days

Hari Ahad bersamaan 9 Mei ini merupakan sambutan hari ibu buat kebanyakan negara termasuklah juga negara kita Malaysia. Kenapa saya katakan kebanyakan negara?, ini adalah kerana ada negara yang menyambut pada hari lain iaitu jika bagi Malaysia ialah Ahad minggu kedua bulan Mei, tetapi bagi Sepanyol atau Portugal hari ibu disambut pada Ahad minggu pertama bulan Mei ( info dari wikipedia ).

Apakah aktiviti yang anda sering lakukan pada hari ibu?, secara peribadi saya tidak pernah menyambut hari ibu kerana bagi saya setiap hari saya menghargai ibu saya walau ibu saya sudah meninggal sekalipun, namun itu tidak bermakna saya menolak sambutan hari ibu kerana adik saya sering menyambut hari ibu, sekurangnya memberi sekeping kad untuk merai jasa arwah ibu saya dulu.

Namun dalam kesibukan seorang ibu yang membesarkan anak, tak terkecuali ibu yang berkerjaya apa salahnya kita menghargai ibu kita lebih sikit pada 9 Mei ini. Ringankan sikit beban ibu kerana syurga terletak ditelapak di kaki ibu. Ada apa - apa perancangan untuk hari ibu ini?, jika tiada cuba anda baca cadangan - cadangan yang saya perolehi dari internet ini mana tahu boleh mendapat idea nanti.

Pertamanya mestilah anda memberi kad ucapan berserta hadiah, tidak perlu mahal kerana apa yang penting adalah keikhlasan anda memberi. Memberi bunga juga dilihat sesuatu perkara yang biasa dilakukan oleh dan ianya sesuatu yang penuh makna kerana setiap bunga ada ceritanya.

seterusnya, ini adalah hari dimana para - para ibu diberi lebih masa terluang, apakata anda yang lakukan segala perkara yang sering ibu anda lakukan untuk anda setiap hari, memasak contohnya. ingat bukan ibu anda sahaja yang perlu disambut tapi jika anda sudah berkahwin, isteri anda juga seorang ibu kepada anak atau bakal ibu kepada anak anda. Bagi mereka yang berkemampuan, apa kata anda bawa ibu anda bersantai diluar, pergi bercuti ke, pergi makan ke janji ianya sesuatu yang boleh dihargai dan dikenang oleh ibu anda.

Bagi anda yang tiada ibu lagi, apa kata sedikit kesempatan diambil untuk menziarahi kuburnya. Ingat bagi mereka yang sudah meninggal doa dari anda adalah sebaik hadiah. Hadiahkanlah Al - Fatihah terhadap rohnya agar tenang disisi Allah.

Terdapat banyak lagi aktiviti yang boleh anda lakukan bersama ibu anda pada hari ibu nanti, fikirkan sesuatu yang bermakna buat anda dan ibu anda. Ada idea yang boleh dikongsi ,apa kata anda tinggalkan komen atau anda buat satu entry mengenainya,

p/s:- Al - Fatihah buat ibuku, Siti Khatijah Binti Abdullah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...