MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Rabu, 31 Mac 2010
1

Sebelum ni kita dengar nokia keluarkan telefon bimbit, tapi sekarang Nokia melangkah setapak dalam bidang teknologi komunikasi dengan mengeluarkan komputer riba atau 'laptop'. Apa yang menariknya 'laptop' ini bukan sebarangan kerana ianya dilengkapi dengan soket atau ruangan untuk kad sim 3G anda. Kerana itulah ianya dikenali sebagai 'Nokia 3G Booklet', dilancarkan pada bulan Ogos tahun 2009. Ini menempatkan nama Nokia sebagai salah satu syarikat yang berdedikasi dalam menggabungkan sistem pengkomputeran dan komunikasi. 3G tersebut bukan hanya untuk sambungan internet tetapi untuk membuat panggilan.

'Booklet' ini disediakan dengan 'OS' atau Sistem Operasi yang terbaru dari Microsoft iaitu, Windows 7. Bateri yang lebih tahan lama, dilengkapi dengan perisian - perisian terbaru dari Nokia, dan rupanya yang moden, 'trendy' serta mini membolehkan ia popular di kalangan masyarakat sekarang ini. Untuk melihat lebih dekat 'booklet' ini sila lihat video yang disertakan ini. Untuk melihat 'review' yang lebih lengkap sila klik gambar di atas.

1 Komen disini:

liennasts berkata...

nak beli.. nak beli.. tapi tak de duit.. cam ne tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...