Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label super mario beatbox. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label super mario beatbox. Papar semua catatan
On Rabu, 7 Julai 2010
4

super_mario_revolution

Super Mario, satu permainan video yang dikenali ramai malah Super Mario juga pernah di filemkan namun ianya tidak mendapat sambutan yang hangat. Anda ingat dengan lagu latar belakang permainan Super Mario?. Sedang saya melayari laman Yahoo pagi tadi mata saya tertarik pada satu artikel mengenai lagu latar belang permainan video Super Mario yang telah diberi nafas beatbox.

Beatbox?, apa itu beatbox?. Mengikut pengetahuan saya beatbox merupakan seni suara yang membuat bunyian dan disusun menjadi satu irama melodi yang menarik seperti dimainkan dengan alatan muzik namun ianya hanyalah bunyian yang dikeluarkan dari mulut. Malah beatbox juga dianggap satu aliran seni yang menarik. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, rujuk pada laman wikipedia ini Kronologi Beatbox.

Kembali kepada Super Mario, beatbox Super Mario telah dilakukan oleh seorang pemuda yang berasal dari Jepun yang dikenali dengan nama Hikakin, malah beliau turut laman peribadinya di link ini HIKAKIN. Hikakin turut melakukan beatbox untuk lagu – lagu lain namun inilah yang menarik perhatian saya untuk dibuat Post. Untuk melihat video mengenai Beatbox Super Mario lihat video dari Youtube di bawah ini.


p/s:- Kredit video untuk Hikakin dan Youtube

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...