Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label gelojoh. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gelojoh. Papar semua catatan
On Jumaat, 23 April 2010
5

binge_eating

Mereka yang makan secara gelojoh dan makan sehingga kenyang berisiko 3 kali ganda untuk obesiti, kajian menunjukkan individu yang makan dengan gelojoh akan memakan dengan jumlah kalori yang banyak jadi ini menyumbang kepada risiko obesiti.

Tahukah kamu, tempoh makan yang disyorkan ialah 20 minit, kerana perut akan enghantar isyarat ke otak bahawa kamu sudah kenyang selepas 20 minit kamu makan idak kiralah dalam saiz hidangan kecil atau besar.

Sebab itulah kita juga sering disarankan makan dengan perlahan, supaya zat dan rasa dapat dinikmatidan makanan dapat dikunyah dengan sebaiknya. Jadi selepas 20 minit kamu akan rasa kenyang dengan hanya satu saiz hidangan berbanding mereka yang menambah makan kerana asih belum kenyang akibat makan dengan gelojoh.

Tips saya kalau nak elakkan makan dengan gelojoh ialah, jangan bercakap ketika kamu sedang
mengunyah atau lebih baik lagi jangan bercakap ketika makan. Seterusnya, ambillah masa untuk mengunyah sebelum menelan dan yang terakhir kalau boleh cuba elakkan makanan segera kalau tidak pun kurangkan pengambilan hidangan makanan segera.

p/s:- Aduh, nak makan MC'D la kejap lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...