Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
Memaparkan catatan dengan label gaya tidur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label gaya tidur. Papar semua catatan
On Selasa, 11 Mei 2010
10

490yahoo_sleep

Mengikut satu kajian yang diadakan di Brittain serta melibatkan 1000 peserta, gaya tidur turut boleh membantu anda dalam mengenali sifat seseorang itu. Sepanjang kajian itu dilakukan para penyelidik berjaya membuat andaian berikut berpandukan gaya tidur:-

blog_sleepposition

Posisi Fetus
41% peserta yang terlibat dalam kajian ini menunjukkan cara tidur begini, iaitu seperti fetus yang berada dalam kandungan wanita. Gaya tidur ini dilihat dua kali ganda melibatkan golongan wanita berbanding golongan lelaki. Mereka yang tidur dengan cara begini dikatakan mempunyai luaran yang tegas dan tegar tetapi mempunyai emosi serta rohani yang sensitif.

Posisi Log ( Kayu Balak )
Posisi ini menunjukkan seseorang itu seorang yang bersosial, senang didampingi, dipercayai dan kadang - kala mudah tertipu. Kajian menunjukkan 15% dari peserta mempunyai cara tidur begini.

Posisi Yearner
Rujuk gambar diatas untuk gaya tidur ini. 13% peserta mempunyai gaya tidur begini. Mereka yang tidur begini dilihat seseorang yang berfikiran terbuka tatapi masih bersikap ragu - ragu dan degil dengan mempertahankan pendapat mereka.

Posisi Askar ( Soldier )
Mereka yang tidur dengan gaya begini dilihat sebagai seorang yang begitu pendiam, tidak banyak karenah. Mereka juga dilihat senang berdengkur kerana posisi tidur yang meniarap dan boleh menyebabkan gangguan sleep apnea, ianya meliputi 8% dari keseluruhan peserta.

Posisi Freefall
7% peserta mengamalkan cara tidur begini. Golongan ini merupakan seorang yang terburu -buru dan berasa kurang senang apabila menerima sesuatu kritikan.

Posisi Starfish
Meliputi 5% peserta kajian. Mereka ini golongan pendengar yang baik, ringan tulang dan berasa kurang selesa apabila dirinya menjadi perhatian ramai. Golongan ini turut mudah mengalami gangguan sleep apnea.

Artikel ini diolah semula dari laman sesawang utama Yahoo.

Praying-Mantis

p/s:- Mentadak mentadu macam mana aku tidur?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...