Pada 21 Oktober dan 4 November 2010 akan datang, peminat filem melayu akan dihidangkan dengan dua buah filem komedi yang akan ditayangkan di pawagam. Jika sebelum ini saya bercerita tentang dua filem dari Hollywood, apa salahnya kita lihat pula dua buah filem dari Malaysia.
Filem yang bakal menemui penonton pada 21 Oktober ini ialah filem yang diberi judul Cuti – Cuti Cinta keluaran Metrowealth dan mendapat sentuhan dari pengarah popular saudara Ahmad Idham. Filem komedi romantik Cuti - Cuti Cinta ini dibintangi oleh Nora Danish dan Farid Kamil sebagai watak utama serta dibantu oleh pelakon - pelakon terkenal yang lain iaitu Zaibo, Azizah Mahzan, Cat Farish, Zed Zaidi dan Kazaar Saisi.
Antar plot untuk filem Cuti - Cuti Cinta ini ialah, Eava Eliana lakonan Nora Danish merupakan seorang pengarah syarikat yang dimiliki oleh ayahnya Tan Sri Zaini lakonan Zaibo. Datuk Hamzah rakan rapat kepada Tan Sri Zaini bercita - cita untuk menjodohkan anak lelakinya Remy lakonan Zed Zaidi ( seorang kaki perempuan ) dengan Eava dengan tujuan untuk membolot harta Tan Sri Zaini.
“ Nora Danish dan Farid Kamil “
Ketika Eava dan Remy dalam tempoh perkenalan / pertunangan, Eava terlihat Remy bercium dengan perempuan lain dan dalam keadaan marah Eava membawa diri ke luar dari bandar dan pergi bercuti. Dalam tempoh percutian Eava mengenali seorang jejaka bernama Omar Rudy lakonan Farid Kamil yang bekerja di hotel / resort di mana Eava menetap. Nak dijadikan cerita, Eava dan Omar Rudy terperangkap di sebuah pulau di tengah lautan.
Lihat trailer Cuti - Cuti Cinta di bawah ini.
Filem komedi yang bakal di tayangkan awal bulan November 2010 depan ialah sebuah filem yang di beri tajuk Estet. Mendapat sentuhan dari pengarah serba boleh iaitu Mamat Khalid dan ianya adalah filem pertama terbitan Mamat Khalid di bawah syarikat produksi beliau sendiri..
Secara kasar filem Estet membawa penonton mengenali kehidupan di kalangan masyarakat estet dan dalam filem ini ia berkisar dengan estet ladang getah, dan filem Estet bukanlah sebuah filem komedi sebarang kerana ianya turut menerapkan elemen muzikal dan drama.
“ Barisan pelakon yang membintangi filem Estet “
Filem Estet turut mempertaruhkan nama - nama bintang besar dalam industri perfileman Malaysia iaitu Farid Kamil, Rosyam Nor, Jasmine Michael, Mislina Mustaffa dan Sofi Jikan. Untuk mengenali filem ini dengan lebih dekat boleh rujuk pada pautan web ini FILEM ESTET.
p/s:- Secara ironinya kedua – dua filem dibintangi oleh Farid Kamil ( LOL for nasik lemak lima puloh sen )
