Bila Aku Menulis Blog!

Bila Aku Menulis Blog!



MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Khamis, 27 Januari 2011
7

faceoff_syfy_keyart

Face Off merupakan sebuah siri baru realiti TV yang diterbitkan oleh divisyen Syfy dari saluran TV NBC ( Amerika ), dan telah pun memulakan tayangan di Amerika 26 Januari 2011 lalu. Berlainan dengan siri realiti TV sebelum - sebelum ini, Face Off memberi peluang kepada 12 artis kesan khas untuk menyerlahkan bakat mereka kepada produksi penerbitan khasnya dalam industri filem sekarang yang banyak menggunakan kesan khas.

Tidak dinafikan kesan khas banyak memainkan peranan penting terutama dalam filem - filem seram dan siri – siri TV seperti CSI dan yang seangkatan dengannya. Seperti rancangan tv realiti yang lain, Face Off turut berkonsepkan pertandingan dan penyingkiran peserta pasti ada, namun pengalaman berharga menyertai rancangan seperti ini bagi peserta adalah tidak ternilai.

Setiap minggu peserta akan diberi peluang menonjolkan bakat dan kegigihan mereka melalui hasil kerja kesan khas mereka. Mereka akan diuji dari segi aplikasi solek yang melibatkan penggunaan prostetik, rekabentuk 3-D, arcaan, dan juga acuan.

Face Off Judges“Three Judges of Face Off”

Para peserta akan diadili oleh tiga juri yang berpengalaman luas dalam bidang ini iaitu Ve Neill yang pernah memenangi anugerah Academy untuk hasil kerjanya untuk Pirates of Caribbean dan Edwards Scissorhands, Glenn Hetrick yang pernah bekerja untuk siri Heroes, Buffy the Vampire Slayer dan The X - Files, manakala juri ketiga ialah Patrick Tatopoulos yang pernah bekerja untuk projek kesan khas bagi filem - filem Underworld, Independende Day dan Resident Evil : Extinction.

Mckenzie Westmore“Mckenzie Westmore the host”

Untuk tugasan pengacaraan Face Off ianya adalah dibawah kendalian pelakon Mckenzie Westmore yang sebelum ini pernah berlakon untuk filem Raging Bull sebagai anak Robert De Niro, filem Star Trek : Insurrection dan juga siri drama Passions terbitan NBC juga. Untuk rekod, Mckenzie juga merupakan anak kepada legenda solekan kesan khas Michael Westmore yang pernah bekerja untuk siri TV Star Trek dan lebih dari 2000 filem dan siri TV sehingga nama keluarganya di abadikan di laluan Walk Of Fame.

Mengenai peserta untuk siri Face Off ini pula anda boleh rujuk pada gambar - gambar dibawah atau terus ke pautan ini FACE OFF CONTESTANTS.

Megan Areford

Marcel Banks

Samantha 'Sam' Cobb

Tom Devlin

Sergio Guerra

Kayla 'Jo' Holland

Gage Hubbard

Frank Ippolito

Jessica Kramer

Conor McCullagh

Anthony Pepe

bryan 'Tate' Steinsiek

P/S :- Kalau Saluran – Saluran TV di Malaysia buat rancangan seperti Face Off ni mesti dapat sambutan, betul tak?. Untuk maklumat lanjut mengenai siri TV Face Off ni anda boleh rujuk pada pautan ini FACE OFF OFFICIAL WEBSITE.

7 Komen disini:

kyle berkata...

unik! nkg cari citer nie hehe

suffer8zine berkata...

mmg kreatif la dieorg

Terkini : Cara Mengesan Lelaki Itu Teruna Atau Tidak

Tanpa Nama berkata...

ah..btol, kalau ade kat m`sia mesti dpt sambutan!


dah follow! sory tak shoutbox. poblem. atmaanaqisya.blogspot.com

Salwa berkata...

haha.sgt kreatif..

Unknown berkata...

Memang gempaq la kalau saluran TV di Malaysia buat macam tu .. =)

anastasyea's latest post .. Blog Mejar Faiz Khaleed Angkasawan Negara

Unknown berkata...

sangat menarik...

Tanpa Nama berkata...

buy ativan ativan addiction treatment centers - cp lorazepam 1mg tab

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...