MV PILIHAN : LeeSsang - Tears Feat. Eugene ( The Seeya )
On Isnin, 31 Mei 2010
7

ali_rustam_isteri_new

Lewat petang tadi saya terbaca satu kenyataan berita di internet yang menyatakan kerajaan Malaysia secara rasmi mempertahan tindakan sebuah syarikat penyelidikan India untuk membangunkan makmal perubatan yang melakukan eksperimen terhadap haiwan.

Syarikat tersebut yang dikenali dengan nama Vivo BioTech Ltd yang berasal dari India akan membina sebuah pusat bioteknologi yang berpusat di selatan Melaka. Tindakan syarikat ini telah mendapat bantahan dari aktivis haiwan kerana Vivo BioTech Ltd akan melakukan ujian terhadap anjing dan primat untuk membuat ubat.

Ketua Menteri Melaka sendiri, Datuk Seri Mohamad Ali Rustam berkata syarikat India tersebut telah mendapat lampu hijau untuk membangunkan fasiliti tersebut dan ujian terhadap haiwan untuk tujuan perubatan adalah perlu. Namun aktivis haiwan berkata, Malaysia tiada undang - undang terhadap penyelidikan perubatan terhadap haiwan dan ini mungkin akan membawa kepada penderaan.

Ketua Menteri Melaka turut membuat kenyataan bahawa Tuhan menciptakan haiwan untuk memberi faedah kepada manusia, sebab itulah kebanyakkan penyelidik perubatan menggunakan haiwan seperti tikus dan monyet untuk mencuba ubat baru kerana kalau di beri pada manusia mungkin memberi kemudaratan kerana ubat tersebut masih dalam peringkat percubaan.

Syarikat dari India tersebut berkerjasama dengan sebuah syarikat tempatan yang dimiliki oleh kerajaan negeri Melaka iaitu Melaka Biotech Holdings dan firma tempatan yang lain iaitu Vanguard Creative Technologies dengan suntikan modal sebanyak RM450 juta.

Untuk rekod, pada tahun lepas sebuah syarikat penyelidikan perubatan Peranchis ingin melakukan perkara yang sama di negeri Johor tetapi ianya dibatalkan atas desakan dari kumpulan pecinta alam sekitar.

Apa pandangan anda, adakah langkah ini wajar kerana ianya akan memberi faedah kepada manusia di kemudian hari. Namun adakah ianya sesuatu yang berperikemanusiaan?

On
8

OrphanCARE

Adakah langkah NGO untuk menyediakan tempat untuk mereka yang ingin membuang bayi yang dilengkapi dengan inkubutor satu langkah yang bijak atau sebaliknya?. Mungkin ada kebaikannya namun jika dilihat dari perspektif yang lain ianya seperti ingin menggalakkan orang ramai melakukan maksiat dan gejala membuang bayi akanterus aktif. Namun kata orang, kita jangan mudah melatah.

Saya tertarik dengan langkah NGO serta usaha murni mereka ini. Menurut Menteri Wanita, Keluarga dan Pembagunan Masyarakat Shahrizat Abdul Jalil kemudahan ini ditawarkan oleh NGO yang dikenali dengan nama OrphanCARE dimana ianya memberi alternatif kepada mereka yang ingin membuang dan membunuh bayi mereka.

Menurut artikel yang dibaca oleh saya, kemudahan ini telah dipratikkan di negara - negara lain seperti Jerman, Pakistan dan Jepun dan ini menandakan bukan negara Malaysia sahaja yang bergelumang dengan masalah sosial ini malah negara maju seperti Jerman dan Jepun juga turut berlaku.

Dicatatkan secara statistik, terdapat lebih 407 bayi yang ditinggalkan diantara tahun 2005 hingga 2009 di Malaysia manakala untuk tahun ini 24 kes dicatatkan sehingga bulan April!.

Menurut OrphanCARE, terdapat lebih 200 ibu bapa yang menunggu untuk mengambil anak angkat dari program mereka ini dan OrphanCARE turut berjanji tidak akan ada tindakan undang - undang yang bakal diambil terhadap mereka yang meninggalkan anak di tempat yang disediakan.

Memetik kenyataan presiden OrphanCARE Adnan Mohamad Tahir, ibu yang melahirkan anak di luar nikah sering berada dalam keadaan terdesak dan tidak tahu membuat apa selain membuang bayi mereka dan disinilah datangnya peranan OpenCARE untuk memastikan nyawa yang tidak berdosa dipersiakan.

Apa pandangan anda, adakah langkah ini wajar ?, fikir sedalamnya kerana sesuatu perkara ada pro dan kontranya.

On
12

millatfacebook

Salam pagi Isnin, minggu lepas kecoh dengan isu kerajaan Pakistan menghalang akses internet dari memasuki laman sesawang Facebook dan Youtube. Dan dalam satu tinjauan pula hampir 70% rakyat di Pakistan bersetuju agar kerajaan Pakistan terus membuat halangan ke dua – dua laman sesawang tersebut.

Justeru itu 6 orang anak muda yang pakar dalam bidang IT dari Lahore melancarkan klon pada Facebook dan khas untuk orang Islam iaitu iaitu Millafacebook yang menggunakan url www.millatfacebook.com dan ianya dilancarkan pada selasa lalu.

Ia merupakan laman sesawang sosial pertama yang direka oleh rakyat Pakistan dan ianya telah berjaya menarik pengguna seramai 4300 individu setakat ini. Berbanding dengan Facebook, Millatfacebook ianya terhad dan masih dalam proses beta dan laman sesawang ini menyediakan kemudahan email, foto, video, berbual dan juga discussion board.

Mari sama - sama kita daftar dengan Millatfacebook, klik pada link ini www.millatfacebook.com

On
3


Syarikat Fujitsu dari Jepun akan mengeluarkan robot 'Teddy Bear' yang dapat memberi reaksi kepada manusia!. Robot ini yang bertujuan untuk memberi keselasaan terhadap kanak - kanak memberi reaksi terhadap perubahan riak wajah si pemilik.

Dibangunkan untuk tujuan lebih mesra keluarga, dan ianya sesuai digunakan di rumah anda, rumah kebajikan, hospital dan sekolah, kerana fungsinya untuk menenangkan hati manusia.

Dilengkapi dengan kamera di dalam hidung yang dapat mengesan aksi seperti melambai tangan, manakla sensor di dalam kepala dan pinggangnya dapat mengesan sentuhan dan pelukan manusia lalu ianya akan memberi tindak balas.

Apa yang menariknya robot ini dapat memberi reaksi lebih dari 300 contohnya seperti ketawa, melambai tangan, tidur dan juga berdengkur!.

On Ahad, 30 Mei 2010
5

exora1

Salam ziarah, ada ura - ura mengatakan kereta MPV yang dikeluarkan oleh Proton Holdings Berhad iaitu Proton Exora akan diperkenalkan sebagai Teksi 1 Malaysia!, bertujuan untuk memperbaiki kualiti pengangkutan awam. Rasanya macam teksi kat Jerman pulak nanti, mesti luas! ( macam la pernah pergi Jerman, tengok dekat TV da ).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pihak kementerian telah melakukan perbincangan hal ini bersama Proton pada 6 April lalu dan merasakan Exora mampu memberi keselesaan pada penumpang.

Dalam masa yang sama Persona turut akan diperkenalkan sebagai teksi di masa akan datang!.



p/s:- Persona jadi teksi?, apa pendapat anda?

On
4


Apa kata tengah kita bersantai sambil melayari internet, kita singgah sebentar ke laman sesawang www.care2.com. Laman sesawang ini menyediakan platform untuk anda menderma untuk kebajikan dunia.

Cara untuk anda menderma sungguh mudah, anda hanya perlu klik pada butang kategori pilihan anda dan ianya adalah percuma!. Seperti Laman PPC ( Pay Per Click ), kita akan dibayar untuk setiap klikkan tetapi di laman ini kita akan menderma untuk setiap klikkan.

Setiap klikkan kita adalah bernilai untuk laman ini, kerana setiap penaja laman ini akan membayar mereka berdasarkan nilai klikkan terkumpul mereka. Adakah laman ini satu penipuan?, itu saya tidak pasti tetapi hampir beratus ribu pengguna mendaftar dengan laman ini. Apa salahnya kalau kita meluangkan masa sebentar untuk ke laman ini, lagipun menderma itu satu amalan yang bagus.

Terdapat banyak kategori derma di laman ini antaranya untuk isu kebuluran dunia, selamatkan hutan, selamatkan haiwan yang semakin pupus dan pelbagai lagi, layarilah laman ini untuk mengetahui apa yang saya maksudkan. Klik gambar diatas atau klik di gambar 'side bar' saya.

On
4

70% bumi diliputi air, begitu juga dengan tubuh kita. Jadi sekarang saya nak kongsikan satu ilmu yang berguna iaitu bagaimana mahu mengira pengambilan air untuk badan kita dalam sehari. Ada orang cakap lapan gelas sehari, tapi apakah sukatan sebenar lapan gelas tersebut?. Sukatan untuk segelas air ialah 8 ounces.

Ok, sebenarnya pengambilan air untuk setiap individu itu berlainan dari seorang ke seorang yang lain. Ianya lebih signikfikan dengan berat badan individu tersebut. Bagaimana mengiranya, ikut langkah - langkah ini:-

  • Mula - mula timbang berat badan, catat pada satu kertas putih berat dan ambil kalkulator darabkan berat anda dalam kiraan pounds. Lihat pengiraan dibawah:-
Berat Saya = 57 KG
1 kg = 2.205 pounds
Berat Saya dalam pounds = 57 x 2.205 = 125.69 pounds

  • Jadi Berat Saya dalam pounds ialah 126 ( setelah dibundarkan ). Kemudian nombor ini dibahagiakn kepada 2 untuk mendapat nilai air yang perlu diambil dalam kiraaan ounces.
126 / 2 = 63

  • Maka pengambilan air untuk tubuh saya setiap hari bagi berat badan 57 KG ialah, 63 ounces sehari. Untuk dalam kiraan gelas pula ialah:-
1 gelas air = 8 ounces
Jadi
63 ounces / 8 ounces = 8 gelas sehari

  • Oleh kerana negara Malaysia tidak menggunakan kiraan dalam ounces, maka kita tukarkan ia dalam unit liter. Pengiraan dalam unit liter ialah:-

1 liter = 33.82 ounces
Maka
63 ounces / 33.82 = 1.86 liter air

  • Oleh itu pengambilan air sehari untuk tubuh saya semasa berat 57 Kg, dalam pengiraan liter ialah 1.86 liter air dan dalam kiraan gelas ialah 8 gelas.
Jawapannya disini, sememangnya tubuh kita memerlukan sekurang - kurang 8 gelas air sehari atau 1.5 liter air tetapi jangan melebihi 4 liter sehari ( kerana pengambilan air yang berlebihan boleh menyebabkan buah pinggang mengecut ), namun ia juga bergantung kepada faktor - faktor lain antaranya dari segi diet permakanan, dari aktiviti harian, cuaca setempat malah dari sudut kesihatan semasa anda.

Persoalannya sekarang, apakah tanda - tanda tubuh iu kekurangan air?, disini saya serta antara tanda - tandanya :-

  1. Apabila anda berasa dahaga.
  2. Kelesuan tubuh, terutama pada cuaca panas.
  3. Kekeringan pada bibir dan kulit.
  4. Pening kepala atau terasa ingin pitam.
  5. Pembuangan air kecil yang sedikit dan kotor.
  6. Perut terasa kosong walaupun sudah makan.
Apa yang menariknya pengambilan air turut juga menjadi satu pelan diet yang berkesan. Pastikan 30 minit sebelum mengambil hidangan anda meminum air, ini akan membantu anda makan dalm jumlah yang sedikit. Harus diingat pengambilan air hendaklah di bahagi - bahagi salam sehari bukannya di ambil sekaligus. Harus diingat juga air yang diambil hendaklah air kosong, air jus dan juga yang menyihatkan dan bukannya minuman bergas!, INGAT!

On
3

subkhiddin

Subkhiddin Mohd Salleh merupakan satu - satunya rakyat Malaysia yang akan beraksi pada Piala Dunia Afrika Selatan 2010 awal bulan Jun depan. Bukan sebagai pemain tetapi sebagai pengadil perlawanan.

Beliau merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah Menengah Vokasional Nibong Tebal, Pulau Pinang. Subkhiddin yang berasal dari Butterworth memulakan karier sebagai pengadil bola sepak pada tahun 1990 dan namanya berada dalam senarai pengadil antarabangsa setelah banyak mengendalikan perlawanan kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh FAM dan juga AFC dan beliau mendapat pengiktirafan dari FIFA pada tahun 2000.

Agak - agaknya bilalah pasukan kebangsaan Malaysia boleh beraksi di Piala Dunia?, namun penghantaran pengadil ke Piala Dunia dari negara Malaysia boleh dilihat satu pencapaian yang patut kita banggakan juga.

Untuk rekod, sebelum ini Malaysia turut pernah menghantar pengadil ke Piala Dunia siri yang lepas iaitu Allahyarham Halim Abdul Hamid di Piala Dunia Peranchis 1998 dan Mat Lazim Awang Hamat di Piala Dunia Korea/Japan 2002, dimana keduanya bertindak sebagai pengadil tambahan.

On Sabtu, 29 Mei 2010
4

logo sukan sukma ke 13 melaka

Masa berkunjung ke Melaka hujung minggu lepas, mata saya tertarik melihat iklan di sepanjang jalan mengenai Sukan SUKMA ke 13 yang akan diadakan bulan depan di negeri Melaka sendiri. Signifikan dengan artikel berita yang saya baca hari ini, dimana pihak penganjur Sukan SUKMA ke 13 masih memerlukan 1000 sukarelawan untuk melancarkan perjalanan Sukan SUKMA ke 13 itu nanti.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, setakat ini hanya terdapat 2500 individu mendaftar sebagai sukarelawan untuk Sukan SUKMA ke 13 itu nanti. Ketua Menteri Melaka sendiri berharap ada lagi individu yang akan tampil menawarkan diri sebagai sukralewan.

Ketua Menteri Melaka itu turut menyeru agar pihak majikan bagi individu yang menawarkan diri sebagai sukarelawan untuk memberi perlepasan cuti. Bagi individu yang memohon menjadi sukarelawan, mereka akan diberi insentif dengan bayaran elaun harian RM30 dan juga termasuk insentif dari segi makanan dan juga pakaian( berbaloi ni! ) sepanjang tempoh Sukan SUKMA ke 13 itu berlangsung nanti.

Maklumat lanjut mengenai sukarelawan ini boleh diperolehi melalui Seketeriat Sukma yang bertempat di Stadium Hang Jebat di Krubong, Melaka. Untuk rekod Sukan SUKMA ke 13 akan berlangsung pada 10 – 19 Jun 2010.

Untuk maklumat lanjut mengenai Sukan SUKMA ke 13 ini layari laman sesawang utamanya di link ini www.sukma2010.com.my.

maskot sukan sukma ke 13 melaka

On
1


Ketika kini pelbagai jenis penyakit yang datang menyerang manusia, yang paling kita gerunkan sekarang ialah virus selsema H1N1. Di sini dinyatakan 7 cara untuk kita elakkan diri dari jangkitan penyakit:-

  1. Basuh tangan dengan kerap :
    Degan cara ini anda akan mengurangkan 50% peluang jangkitan penyakit, untuk pengetahuan sentuhan adalah penyebab utama jangkitan penyakit.

  2. Basuh dan keringkan tangan ketika menggunakan tandas awam :
    Mengikut statistik sebahagian besar antara kita yang menggunakan tandas awam tidak membasuh tangan!. Nasihat yang perlu diambil, basuh tangan dan keringkan tangan anda sebaiknya, dan untuk membuka pintu tandas gunakan tisu.

  3. Tutup mulut dengan tisu atau lengan ketika bersin atau batuk :
    Gunakan lengan anda ketika batuk atau bersin jika tiada tisu, ini adalah kerana anda jarang menyentuh sesuatu dengan menggunakan lengan.

  4. Dapatkan suntikan selsema setiap tahun :
    Langkah pertama untuk mengelakkan jangkitan selsema ialah dengan mendapatkan suntikan vaksin untuk selsema sekurang - kurang sekali tahun. Mereka yang harus mendapatkan rawatan ini adalah golongan pekerja industri kesihatan, mereka yang mempunyai penyakit seperti penghidap diabetis, asma, masalah buah pinggang, warga emas dan juga ibu mengandung.

  5. Tukar berus gigi anda setiap 3 bulan :
    Berus gigi yang kita gunakan tidak semestinya bersih selepas digunakan kerana ianya terdedah pada persekitaran, para doktor gigi mengesyorkan supaya kita menukar berus gigi selepas tiga bulan.

  6. Gunakan 'Humidifier' :
    Virus selsema tidak boleh merebak apabila udara tidak lembap, jadikan gunakan 'humidifier' untuk keadaan ini.

  7. Senaman :
    senaman ringan seperti berjalan selama 15 minit, atau melakukan regangan selama 10 minit, paling tidak pun lakukan senaman selama 3 kali seminggu dengan 20 minit setiap sesi dapat membina sistem imun tubuh anda.
Kesimpulannya, perhatikan cara hidup anda untuk menjaga kesejahteraan dan kesihatan hidup bersama!.

On
4

ITYM-update

Tengah baca komen rakan – rakan di FACEBOOK tadi saya terperasan satu mesej yang ditulis oleh pihak ITYM. Berita gembira buat mereka yang menyertai pertandingan ITYM pada hari belia lalu.

ITYM akan menyerahkan sijil kepada 50 blogger dan bukannya hanya pada 10 blog seperti yang dinyatakan sebelum ini!. Alhamdulillah, semoga nama blog anda akan tersenarai dalam baki 40 blog yang menang selain 10 sebelum ini.

p/s:- Tahniah pada nama blog yang akan di umum nanti.

On
2


Anda pernah bermain permainan ini?, permainan ini selalunya bersaiz besar dan juga mneyediakan anak patung sebagai hadiah. Tetapi yang ini berlainan kerana ianya bersaiz mini dan sesuai untuk hiasan untuk meja pejabat anda.

Permainan ini dikenali sebagai 'Candy Grabber', kerana ianya menyediakan gula - gula sebagai hadiah untuk anda. Anda akan disediakan dengan token yang diberi apabila anda membeli set permainan ini, dan untuk bermain gunakan token yang diberi. Setelah token dimasukkan anda akan diberi masa selama 1:15 minit untuk mengambil gula - gula tersebut.

Yang menariknya anda akan dialunkan dengan alunan muzik karnival, dan rentaknya semakin laju apabila masa semakin suntuk!.

On Jumaat, 28 Mei 2010
7

facebook ban

Salam ziarah petang Jumaat yang mulia ini buat rakan blogger, sebelum ini saya ada membuat post mengenai halangan akses internet di Pakistan daripada memasuki dua buah laman sesawang yang menyediakan platform untuk hari “Draw Muhammad Day” iaitu laman Facebook dan Youtube.

Mengikut artikel berita yang lepas, tempoh halangan akses hanya sampai 31 Mei ini namun mengikut tinjauan pendapat orang ramai di Pakistan, hampir 70% dari mereka menyokong tindakan untuk halangan akses kekal kepada laman sesawang Facebook manakala 15% tidak bersetuju.

Untuk rekod, beribu individu di Pakistan telah mengeluarkan laporan pada laman sesawang Facebook melalui prosuder untuk membuang maklumat mengenai hari “Draw Muhammad Day” namun tiada tindakan diambil tetapi sebelum ini Facebook hanya mengambil masa 20 minit untuk memadam maklumat di Facebook mengenai artikel mengutuk Yahudi.

facebook ban1

p/s:- Artikel ini diolah dari laman sesawang indiatimes.com

On
5

tauhu

Siapa tahu khasiat tauhu?, Tauhu memang sedap dimakan lagi – lagi kalau digoreng dan dibuat tauhu sumbat, letak dalam bihun goreng pun sedap juga. Namun disini bukan nak bercerita mengenai resepi tauhu tapi mengenai khasiatnya.

 

Tauhu dilihat sebagai makanan yang rendah lemak dan juga rendah kalori, selain itu ia turut kaya dengan protein, kalsium dan juga lemak tidak tepu yang mana ia dianggap sebagai sumber nutrisi yang lengkap. Inilah antara faktor yang menguatkan hujah bahawa tauhu bagus untuk kesihatan anda.

 

Antara khasiat tauhu untuk kesihatan anda ialah:-

  1. Dengan memakan tauhu, ia boleh merendahkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan tahap kolestrol ‘jahat’ ( kolestrol yang tidak baik untuk tubuh ).
  2. Mengurangkan risiko osteoporosis terhadap kepadatan tulang melalui kandungan kalsium.
  3. Mengurangkan risiko kanser prostat dan juga kanser payudara.
  4. Mengurangkan simptom – simptom menopause seperti perubahan mood.

 

Seperti yang disebut diatas tauhu boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, sakit jantung dan juga menghalang diabetis. Tauhu boleh dimakan bersama salad dan di luar negara burger tauhu turut ada dijual.

 

Aduh, tiba – tiba hati teringin nak makan tauhu sumbat. Jom cari tauhu, tengah hari ni boleh buat tauhu sumbat!.

 

 

p/s:- Tauhu diperbuat dari kacang soya, mungkin ramai yang dah tahu.

On Khamis, 27 Mei 2010
2


Rasanya awal bulan lepas semasa menonton TV3, hati saya tertarik dengan tajuk yang di bincang dalam program Wanita Hari Ini, iaitu "Dengkur". Namun bukan itu yang ingin saya tuliskan tetapi salah satu penyebab dengkuran iaitu "sleep apnea". "Sleep apnea" merupakan satu gangguan tidur dimana, apabila seseorang itu mengalami masalah pernafasan ketika tidur iaitu bernafas secara pendek dan nafas terhenti tiba - tiba.

Nafas yang terhenti ini boleh berlaku dalam sela masa dari beberapa saat dan membawa kepada beberapa minit. Ia berlaku 5 hingga 30 kali dalam sejam. Selepas itu nafas akan menjadi seperti biasa, tetapi kadang - kadang ianya akan disertai dengan dengkuran yang kuat.

Keadaan "sleep apnea" sering berlaku 3 kali atau lebih dalam seminggu. Seseorang itu akan mengalami tidur yang tidak lena kerana akan terjaga dengan tiba - tiba apabila otak menerima isyarat tubuh tidak mendapat oksigen dan cepat - cepat menyedarkan anda dari tidur, maka seseorang itu tidak dapat tidur dengan lena.

Ini akan menyebabkan mereka yang mengalami "sleep apnea" tidak mendapat kualiti tidur yang sepatutnya dan akan merasa letih di siang hati, dan "sleep apnea" juga adalah penyebab rasa mengantuk yang terlebih di siang hari.

"Sleep apnea" tidak dapat didiagnosis kerana "sleep apnea" tidak dapat dikesan ketika seseorang penderita itu dalam keadaan sedar. Juga tiada ujian darah untuk "sleep apnea".

Kebanyakan mereka yang mengalami keadaan ini sendiri tidak menyedarinya, namun ahli keluarga atau pasangan tidur mereka mungkin dapat mengenalpasti tanda - tanda "sleep apnea" terhadap si penderita.

Antara penyebab ganggguan "sleep apnea" ialah:-
  • Kegemukan
  • Sumbatan pada hidung, tekak, contohnya pembengkakkan tonsil
  • Mengambil alkohol sebelum tidur
  • Masalah hormon dan kelenjar tiroid yang besar
  • Merokok
  • Ubat seperti pil tidur dan ubat penenang
Sleep apnea yang tidak dirawat akan menyebabkan:-
  • Risiko tekanan darah naik
  • Stork
  • Obesiti
  • Diabetis
  • Risiko kegagalan jantung
  • Degupan jantung yang tidak menentu


p/s ;- Untuk keterangan lanjut mengenai sleep apnea lawati laman sesawang ini http://www.myhealth.gov.my/

On
8

teater muzikal dr mahathir

Teater Muzikal Tun Mahathir yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 24 September hingga 4 Oktober ini melibatkan hampir 80 orang pelakon dan hampir 20 hingga 30 lagu akan dialunkan sepanjang tempoh pementasan serta memakan kos perbelanjaan hampir RM 2 juta.

Teater Muzikal Tun Mahathir ini telah mendapat kebenaran dari Tun Mahathir sendiri berpandukan surat balasan kebenaran yang diterima oleh Siti Rohayah Attan ( penerbit ) pada 1 Disember tahun lepas.

Teater Muzikal Tun Mahathir ini telah menjalankan sesi ujibakat pada 24 dan 25 April lalu di Istana Budaya namun belum pasti samada pihak produksi telah menemui pelakon yang memegang watak utama dan hanya akan didedahkan pada hari pementasan Teater Muzikal Tun Mahathir nanti.

Teater Muzikal Tun Mahathir akan dipentaskan dengan harga tiket RM80, RM100 dan juga RM150 dan boleh ditempah melalui www.ticket2u.biz atau melalui Istana Budaya di talian 03 – 4026 5558.

Olahan artikel dari Kosmo Online, baca juga artikel saya sebelum ini iaitu Tun Dr Mahathir The Musical.




p/s:- Bekas perdana menteri yang lain ada juga ke teater muzikal?, kalau buat mesti best!

On
7

temuan

Suku Temuan iaitu salah satu suku orang asli yang terdapat di Malaysia mendapat gantirugi dari saman sebanyak RM 6.5 juta daripada defendan bila mana tanah pusaka nenek moyang mereka di bangunkan tanpa kebenaran suku Temuan.

Gantirugi ini direkodkan di Mahkamah Persekutuan apabila pihak defendan iaitu pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia, Kerajaan Persekutuan dan United Engineers Malaysia menarik balik rayuan mahkamah dan bersetuju untuk membayar gantirugi kepada 26 keluarga Temuan yang terlibat.

Untuk rekod, saman mengenai hal ini sudah mengambil masa hampir 15 tahun untuk diselesaikan walaupun pada tahun 2002 suku Temuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi untuk layak menerima pampasan. Namun pihak defendan membuat rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Saman ini melibatkan tanah pusaka seluas 38 ekar di Dengkil, Selangor yang dibangunkan oleh kerajaan Selangor untuk membina lebuhraya Banting-Nilai pada 1995 dan tanpa membayar apa - apa pampasan kepada puak Temuan.

p/s:- Dianggarkan 140 000 orang asli di Malaysia terdiri dari golongan miskin.

On Rabu, 26 Mei 2010
4

blogayieheader

Salam petang, ini adalah entry khas. Anda kenal dengan imej di atas?, imej ini adalah imej header untuk salah seorang blogger hensem ( jek sikit ) iaitu MR. AYIE. AYIE ada menganjurkan satu segmen khas yang iaitu segmen khas yang bertajuk, Entri Terbaik Punya ( bukan, ini bukan DAFI AF5 punya tagline ya ).

Antara syarat – syarat untuk memasuki segmen ini ialah:-

1. Copy header blog AYIE ini ( dah copy dah seperti diatas )

2. Buat satu entri dan nyatakan mengapakah anda pilih entri tersebut sebagai pilihan anda ( entry ada dibawah ini ).

3. Tinggalkan link anda di tempat komen entry ini klik pada link, Entri Terbaik Punya ( bukan jejak kasih ya )

Ok, saudara AYIE disini saya sertakan tiga entry saya yang mungkin menarik minat AYIE iaitu :-

google-wonder-wheel1

1. Google Wonder Wheel, Saya Putar! – Entry ini dipilih kerana saya merasakan ramai yang tidak mengetahui kelebihan salah satu mekanisme pilihan carian yang terdapat pada sistem laman Google Search. Ianya boleh memudahkan carian pengguna dengan satu keyword yang akan diperluaskan lagi skop carian.

search-truth

2. Laman Perisian Islamik 'SearchTruth' – Entry ini mengenai satu laman sesawang islamik yang menyediakan kemudahan untuk memuat turun perisian berkaitan agama Islam. Perisian terdiri daripada untuk kegunaan telefon dan komputer.

portable

3. Thumb Drive OS – Entry ketiga pilihan saya ialah mengenai OS untuk Thumb Drive anda. Kena baca entry ini untuk maklumat lanjut.

Diharap AYIE dapat memilih salah satu daripada entry ini, kalau boleh masukkan ketiga – tiga sekali lagi bagus, hehehhe ( jangan tamak, orang tamak selalu rugi ye tak?). Entry yang disebut diatas pada saya elok untuk dikongsi bersama untuk manfaat kita bersama.

p/s:- Mari ramai – ramai join benda ni, klik sini AYIE – ENTRI BAIK PUNYA!

On
5

Dulu saya pernah tengok video ni, tengah syok melayari 'Youtube' pagi ni saya terjumpa balik video ni. Ni la yang dikatakan lawak kreatif yang bijak. Saya punyalah gelak sakan tengok gelagat dua orang ni. Kalau anda tak gelak tengok video bawah ni, mesti ada masalah!.




On
6

Selamat pagi atau lebih tepat selamat pukul 8.15 pagi buat anda. Ingin saya bertanya sesuatu, berapa ramai antara kita yang mengambil sarapan ketika waktu pagi?. Tahukah anda sarapan merupakan masa untuk makan yang paling penting dalam jadual pemakananan anda. Terutama kepada mereka yang ingin menguruskan badan dan yang ingin konsisten dalam amalan diet.

Mereka yang mengambil sarapan kurang mengalami berat badan berlebihan berbanding mereka yang tidak, dan mereka yang kekal dengan diet adalah mereka yang mengambil sarapan. Ya, fakta ini memang ada kebenarannya.

Selain itu dengan mengambil sarapan juga kurang berisiko untuk mengalami penyakit berkaitan jantung, diabetis, kanser dan ia juga mampu membina sistem imun yang kuat buat tubuh badan anda. maka sistem imun kamu mampu menghalang badan anda dari penyakit seperti batuk dan selsema, sesuatu yang bagus dalam musim H1N1 sekarang.

Lebih bagus lagi, dengan pengambilan sarapan kamu boleh kekal aktif dan lebih konsentrasi ketika melakukan kerja, sekali gus boleh meningkatkan prestasi kerja anda. Tiadalah anda ditangkap terlelap di meja pejabat. Mengikut kajian kanak - kanak yang mengambil sarapan sebelum ke sekolah boleh mencapai prestasi pelajaran.

Tapi harus diingat pengambilan sarapan hendaklah dengan makanan yang sihat buat tubuh badan anda, bukan yang tinggi kolestrol dan tinggi lemak, tetapi biarlah ianya tinggi kalori tetapi menyihatkan. Tahap kalori yang harus diambil ialah antara 500 ke 600 kalori dan lengkap dengan mineral, vitamin dan nutrien serta tinggi fiber contohnya seperti oat. Oat dilihat sebagai bijiran yang meliputi semua keperluan mineral ini. Jadi kalau anda ingin sarapan yang mudah dan memenuhi prasyarat, ianya tentulah Oat.

On
3

teva_illum

Kisah Sandal Berlampu ( dengan nada Doraemon pecah suara nak jadi akil baligh ). Gajet yang sedikit tidak pratikal tetapi menarik untuk dibuat post mengenainya, iaitu Sandal Berlampu atau dikenali dengan nama Teva Illum Sandals. Dikelkuarkan oleh syarikat Teva dan ianya boleh di dapati di laman ini http://www.teva.com/.

Ini bukan yang kanak - kanak bawah 5 tahun pakai tu ya, yang tu kalau pijak ada lampu lepas tu ada bunyi - bunyian comel. Sandal ini lebih direka khas dengan mempunyai lampu ditengahnya seperti di dalam gambar diatas.

Menggunakan lampu LED, ianya boleh digunakan di waktu malam ketika lampu suluh tiada bateri. Malah ianya lebih pratikal dengan masyarakat kita yang selalu ingin ke surau atau masjid ketika ingin solat Maghrib, Isyak ataupun Subuh. Namun sekarang ramai yang pergi menaiki motor.

Dan adalah lebih baik anda membeli lampu suluh berbanding dengan membeli Teva Illum Sandals ini kerana harganya yang begitu mahal iaitu USD60 sepasang!, beli lampu suluh boleh dapat 60 biji dan terang pulak tu!.

p/s:- Macam - macam hal manusia ni, agak - agak ada ke yang nak beli?

On Selasa, 25 Mei 2010
5


Beza antara mengambil lesen kereta dan lesen juruterbang ialah, juruterbang mempunyai "flight simulator" untuk berlatih dan jika terhempas anda boleh mula semula. Bagi lesen kereta, tiada "driving simulator". Adakah sebab ini syarikat automobil Honda menghasilkan "driving simulator"?

Tapi apa yang pasti, "driving simulator" ini membuka mata kita dalam melaksanakan prosuder untuk mendapatkan lesen kereta. Mempunyai paparan tiga LCD lebar untuk memberi rasa realistik seperti cermin depan kereta. Ia turut mempunyai perisian untuk program pemanduan malam, pemanduan ketika berkabus / jerebu dan pemanduan di lebuh raya.

Namun simulator ini masih lagi baru dan ianya masih tidak boleh menandingi rasa sebenar membawa kereta dalam situasi yang sebenar. Simulator ini dijual dengan harga USD 66000 ( ni yang nak main PS2 pulak lepas ni ).


p/s:- Dapat satu ni, seminggu tak ngadap blog!

On
18

506656_f520

Berapa ramai antara kita yang bangun dari tidur dan menggeliat?, tahukah anda menggeliat itu salah satu senaman regangan dan ianya memberi faedah untuk tubuh kembali segar. Malah haiwan seperti kucing juga sering melakukan aktiviti menggeliat ini. Anda digalakkan untuk melakukannya kerana:-

1. Menggeliat akan membuat anda untuk menarik nafas secara dalam dan memberi oksigen yang cukup pada otak dan sekaligus menyegarkan mata anda dan menyebabkan anda tidak lagi mengantuk.

2. Ianya melepaskan tekanan pada otot tubuh anda dan mengelakkan tubuh dari lesu kerana ketika tidur kebanyakan otot tubuh anda berada dalam keadaan statik.

3. Paling menarik dengan aktiviti geliat yang dianggap sebagai senaman regangan dapat merembeskan toksin dari tisu tubuh. Mengikut aturan, apabila kamu menarik nafas secara dalam, sistem lymph tubuh akan aktif dan ianya akan membersihkan tubuh dari toksin tercemar.

Ini antara tiga faedah ringkas mengenai menggeliat atau membuat regangan tubuh selepas bangun dari tubuh. Ianya juga bagus untuk membuat regangan ketika kamu mengantuk di tempat kerja lagi - lagi ketika waktu tengah hari.

On
5

mini-cannon

Betullah orang kata, size doesn't matter. Meriam kecil ini jangan sangka tidak berbahaya. Melihatkan dari video yang disertakan sekali dengan post ini, anda pasti tidak menduga betapa kuatnya kuasanya memusnah. Tidak percaya?, lihat video meriam kecil ini melakukan demo:-



Amat berbahaya walaupun saiznya kecil, dengan trajektori yang betul ianya boleh menjadi senjata yang merbahaya walaupun untuk tujuan mengenakan orang.



p/s:- Teringat mengenai cerita meriam buluh.

On Isnin, 24 Mei 2010
12

2247-access-d_article

Bagaimana ingin menghalang akses internet dari komputer anda untuk memasuki laman sesawang yang tidak sesuai?, saya ada caranya dan ianya tidak menggunakan sebarang perisian yang mahal. Ianya hanya menggunakan setting asas. Ikuti langkah dibawah ini ( cara ini hanya berfungsi untuk komputer yang menggunakan Windows OS ):-

1. Klik pada butang Start dan pilih menu Run. Kemudian taip teks ini diruangan Run:


notepad c:\WINDOWS\system32\drivers\etc\hosts


2. Kemudian kamu akan dipaparkan dengan fail notepad yang mempunyai kod. Pergi ke akhiran fail dan tekan Enter, lalu taip kod dibawah ini:


127.0.0.1 www.unknown.com
127.0.0.1 www.unknown.com



- tukar www.unknown.com dengan alamat laman sesawang yang ingin dihalang contohnya seperti:


127.0.0.1 www.facebook.com ( hanya sebagai contoh )


3. Simpan atau save fail tersebut, dan cuba buka laman sesawang yang dihalang tadi. Kalau anda mengikut langkah yang betul ianya pasti boleh,

Untuk membenarkan balik akses ke laman sesawang yang dihalang, buka fail yang sama dan buang atau delete alamat yang ditaip daripada fail notepad tersebut.Kaedah ini sesuai untuk ibu bapa memantau penggunaan internet di kalangan anak – anak.



p/s:- Dengan cara begini anda boleh menghalang banyak laman sesawang yang tidak sesuai.

On
10

step-0

Salam pagi Isnin, biasanya pagi Isnin orang selalu kaitkan dengan istilah Monday Blues. Apa itu Monday Blues?, setahu saya ianya membawa maksud mood untuk kembali memulakan minggu seakan hilang setelah berehat pada hujung minggu. Untuk menceriakan pagi ini, apa kata anda lihat rangkaian gambar dibawah mengenai 10 langkah temuduga yang memberi debar kepada panel temuduga!. ( Kredit gambar dan lawak kepada collegehumor.com )

step-1

step-2

step-3

step-4

step-5

step-6

step-7

step-8

step-9

step-10

p/s:- Ikut langkah diatas kalau nak dapat makan minum percuma di penjara!

On Ahad, 23 Mei 2010
12


Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberi kesempatan untuk kita terus hidup di atas muka bumi ini. Hati sedikit berbunga dan khabar gembira ingin saya kongsikan dengan anda, blog saya telah dipilih untuk menjadi salah satu pemenang untuk pertandingan yang dianjurkan oleh blog ITYM bersempena hari belia yang lepas.

Sedikit terkilan bila hanya 10 blog terpilih walaupun kenyataan ITYM sebelum ini memperuntukkan 50 blog yang akan ditawarkan. Namun mungkin mereka ada alasan tertentu untuk berbuat demikian. Tahniah pada blog lain yang terpilih.

Bak kata pepatah, adat bertanding ada yang menang ada yang kalah. Tapi bagi saya kita semua adalah pemenang dan tiada pengalah, bak kata Vince AF1. Apa yang pasti ITYM akan berjanji membuat lebih banyak pertandingan di masa hadapan.


p/s:- Harap saya tidak lupa diri dengan sekelumit kejayaan.

On
6

unteo

Salam petang, menurut berita dari laman web BERNAMA negara kita Malaysia dicatatkan sebagai negara ke 9 yang sering dilawati oleh pelancong dari sekeliling pelusuk dunia. Data ini adalah berdasarkan statistik tahun 2009 lalu.

Datuk Seri DR. Ng Yen Yen yang memegang jawatan sebagai Menteri Perlancongan mengatakan industri perlancongan di Malaysia menyumbang RM1 billion seminggu untuk ekonomi negara serta menyediakan pekerjaan lebih pada sejuta rakyat Malaysia.

Itulah serba sedikit olahan ringkas berdasarkan berita BERNAMA. Jika negara kita berada di tempat ke 9, apakah negara yang berada di tempat 1 hingga ke 8 serta 10 ?. Mari kita lihat:-

1. Peranchis, 74.2 juta pelancong

2. Amaerika Syarikat, 54.9 juta pelancong

3. Sepanyol, 52.2 juta pelancong

4. China, 50.9 juta pelancong

5. Itali, 43.2 juta pelancong

6. United Kingdom, 28.0 juta pelancong

7. Turki, 25.5 juta pelancong

8. Jerman, 24.2 juta pelancong

9. MALAYSIA, 23.6 juta pelancong

10. Mexico, 21.5 juta pelancong

Apa yang membanggakan, Malaysia negara asia kedua selepas China yang bejaya disenaraikan dalam 10 negara berdasarkan jumlah pelancong yang hadir pada 2009. Teringat pula lirik lagu Malaysia Truly Asia.

p/s:- senarai statistik negara diambil dari laman sesawang wikipedia

On
5

Agak lama tidak membuat post mengenai laman sesawang derma. Kali ini mari saya kenalkan satu laman sesawang yang membolehkan anda memderma beras untuk menghentikan kebuluran yang banyak berlaku di negara dunia ketiga.

Laman sesawang ini dikenali dengan nama FREE Rice. Setiap derma yang anda lakukan diuruskan oleh United Nation World Food Programme. Apa yang menarik, derma ini adalah percuma untuk lakukan kerana laman ini dibayar oleh penaja yang menaja dimana setipa klik anda adalah berharga.

Menggunakan kosep interaktif iaitu menggunakan sistem soalan dan setiap soalan yang dijawab dengan betul anda akan menderma. Rujuk jadual ringkas di bawah ini. scam atau benar saya kurang pasti namun tiada salahnya kalau kita ingin menderma sambil melayari internet.

jadual

Untuk ke laman ini klik pada link ini www.freerice.com atau gambar paparan skrin diatas.

p/s:- Letih sedikit pagi ini, kurang sihat.

On Sabtu, 22 Mei 2010
25

bodek

Agak terkejut pagi ini apabila membuka blog dan mendapat mesej di shoutmix mengenai saya mendapat awards dan gelaran terbaru. Dalam tempoh dua bulan menulis blog ini, buat pertama kali saya akuvision aka av digelar sebagai seorang blogger hipokrit oleh seorang blogger misteri.

Tidak perlu saya letakkan nama dan link blog tersebut kerana tidak mahu perkara yang lebih buruk berlaku, malah ia melanggari pendirian saya sendiri untuk mengaibkan orang lain. Mungkin ada yang mengetahui melalui blog walking pada hari ini, saya tidak boleh berkata apa kerana blog adalah hak individu.

Saya dituduh hipokrit kerana membuat komen di entry dua blog yang berbeza. Untuk pengetahuan umum, ini adalah kali pertama saya masuk ke dua buah blog ini malah saya tidak pernah memberi komen serta menjadi follower kepada kedua - dua pihak. Lihat paparan komentar yang saya tuliskan di dalam kedua blog ini:-

sindiran-satu

sindiran-dua

Untuk pengetahuan yang memberi gelaran hipokrit ini, saya tidak kuasa untuk membodek ke dua - dua pihak. Untuk penjelasan, komen yang pertama ditulis hanyalah sindiran buat pemilik blog, sindiran sarkastik yang hanya ingin membuat si pemilik blog berfikir.

Manakala komen pada blog yang kedua pula ( sekali lagi untuk peringatan, ini adalah kali pertama saya masuk ke blog ini dan membuat komen serta tidak pernah menjadi follower ) lebih kepada pertanyaan, apakah yang menyebabkan blog beliau dikutuk dalam sesetengah blog dan menasihati dalam nada pertanyaan "tidak bolehkah
berblog dengan aman damai diorang ni?".

Sebagai blogger baru, saya tidak pernah ambil kisah dengan pertelingkahan kedua belah pihak ini dan jauh sekali untuk menjadi pembodek lalu dituduh sebagai hipokrit. Sekali lagi diingatkan komentar yang saya lontarkan hanyalah sekadar sindirian, cuma mungkin si pemilik blog tersalah duga sebagai pembodek talam dua muka. Minta maaf jika ada yang terasa.

p/s:- Agak – agak pungguk rindukan bulan tak malam ni? hahaha. Tapi yang pasti saya dapat backlink percuma di main frame blog yang memberi awards hipokrit tersebut.

On
10

trainsspotter

Bak kata orang berpantang maut sebelum ajal, beginilah yang berlaku terhadap seorang trainspotter ( gelaran bagi mereka yanng meminati keretapi ) di Brittain.

Sedang leka merakam gambar keretapi yang bergerak, tanpa disedari sebuah keretapi bergerak laju di belakang beliau. Namun nyawanya masih selamat dan hanya beberapa inci yang memisahkan dirinya dengan keretapi tersebut.

Nah lihat videonya di bawah ini:-

On
12

cellphone

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, sari pati ayam berita penting. Mula – mula berita bosan…..

Selamat pagi semua, ketika ini saya dalam perjalanan ke Melaka atas urusan tertentu, jadi tidaklah dapat saya membalas lawatan. Tunggu petang atau malam ini Insya Allah saya akan membalas lawatan,

laptop

Diharap anda sihat pada pagi ini dan ceria selalu, pagi ini ingin saya berbicara mengenai Keperluan atau Kemahuan?. Seperti anda tahu dalam menuju zaman yang berteknologi tinggi dan era IT, kebanyakan gajet atau alat yang dulunya satu kemahuan telah menjadi keperluann.

Telefon bimbit misalnya, jika 10 tahun yang lepas ianya masih menjadi fenomena baru tetapi tidak sekarang. Hampir setiap orang mempunyai telefon sendiri. Begitu juga dengan komputer riba, hampir setiap dari mereka yang melanjutkan pelajaran akan memiliki sebuah komputer riba untuk tujuan pembelajaran.

dslr

Trend terbaru dewasa ini ialah kamera DSLR, dimana ini membolehkan setiap orang mengekpresikan cabang artistik mereka. Tapi ianya masih dilihat sebagai satu kemahuan, siapa yang mampu tidak salah untuk memilikinya.

Tidak juga terkecuali dengan penggunaan internet, dalam dunia arus info hanya dihujung jari akses internet dilihat sebagai satu keperluan harian yang perlu di akses. Namun harus diingat jangan berlebih – lebih dalam melakukan sesuatu. Manfaatkan kemajuan dengan sebaiknya.

www


p/s:- Sekian post pendek pada pagi ini. Wassalam dan selamat sejahtera.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...